Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

9 Bahan Semula Jadi Yang Boleh Digunakan Untuk Mendapatkan Kulit Kaki Yang Cerah

by Amirul Fikry
August 8, 2020
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Kaki adalah salah satu bahagian anggota tubuh yang penting dan harus dijaga. Tetapi malangnya, ramai diantara kita yang selalu mengabaikan penjagaan kaki. Tetapi, jika kaki menghadapi sebarang masalah, kita juga akan merasa kurang keyakinan diri.

Sebenarnya banyak masalah kaki yang dialami oleh segelintir orang, seperti kulit kaki yang terlalu kering dan perubahan warna kulit akibat sentiasa terdedah kepada cahaya matahari.

Selain daripada masalah itu, kaki juga akan kelihatan bertambah buruk kerana kita jarang menggosok kaki terutamanya dibahagian tumit dan kulit kaki ketika mandi. Ini boleh menyebabkan kuman dan bakteria melekat pada kaki dan ini amat berbahaya jika terus dibiarkan tanpa perhatian.

Tetapi anda tidak perlu risau, bukan susah untuk merawat kaki yang bermasalah sebenarnya. Selain daripada kita selalu menggunakan sunblock ketika keluar rumah, kita juga harus kerap mencuci dan menggosok bahagian kaki. Jadikan ia sebagai rutin wajib setiap kali waktu mandi. Disamping itu, anda juga boleh menggunakan 9 bahan semula jadi ini yang akan kami kongsikan bersama pembaca bagi menjaga kesihatan kulit kaki yang lebih baik.

Lemon Dan Madu

via Tribun Manado

Jus lemon memang sudah dikenali sebagai agen pemutih yang baik untuk mencerahkan kulit termasuk bahagian kaki. Disamping itu juga, sifat emolien madu akan membuatkan kaki mendapat lebih kelembapan sementara sebatian fenolik dan flavonoid yang terkandung dalam madu juga memang mempunyai kesan pemutihan kulit. Jadi, campuran atau kombinasi untuk kedua-dua bahan ini terbukti sangat baik untuk kulit.

Bahan-Bahan

1 Sudu besar madu

1 Sudu besar lemon

Cara-Caranya

Campurkan kedua-dua bahan ini ke dalam bekas, kacau sehingga sebati dan menjadi pekat. Sapukan ke seluruh bahagian kaki. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci dengan air biasa.

Kunyit Dan Susu

via Wanita22

Hampir ribuan tahun kunyit sudah digunakan untuk melawan pelbagai penyakit kulit. Kunyit mengandungi komponen aktif curcumin yang akan menghalang melanogenesis sehingga dapat mencerahkan kulit. Manakala susu pula mengandungi asid laktik yang dapat mengelupaskan kulit bagi membuang sel-sel kulit mati dan akan menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

Bahan-Bahan

2 Sudu kecil serbuk kunyit

Susu sejuk mengikut keperluan masing-masing

Cara-Caranya

Campurkan serbuk kunyit dan susu ke dalam bekas, sesuaikan sukatan hingga campuran menjadi pekat. Sapukan campuran ini ke keseluruhan kaki. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan menggunakan air suam.

Lemon Dan Gula

via Wanita22

Gula memang dikenali sebagai bahan semula jadi untuk membuang sel-sel kulit mati sehingga kulit menjadi kembali sihat. Campuran lemon dan gula adalah sebagai skrub dan boleh menjadikan kulit yang gelap menjadi lebih cerah.

Bahan-Bahan

1 Sudu besar jus lemon

1 Sudu besar gula kasar

Cara-Caranya

Campurkan gula dan lemon ke dalam mangkuk, pastikan campuran ini mendapat tekstur yang kasar. Sapukan campuran ini ke seluruh kaki dan gosokkan perlahan-lahan selama 10 minit kemudian bilas dengan air biasa.

Betik, Yogurt Dan Kunyit

via Oh!Media

Betik mengandungi enzim proteolytic yang berfungsi untuk menghilangkan sel kulit mati di bahagian atas lapisan kulit dan juga dapat mencerahkan kulit. Campuran yogurt pula akan membuatkan kulit menjadi lebih lembut, lebih halus dan lebih cerah.

Bahan-Bahan

1/2 Cawan betik yang telah dikisar halus

1/4 Cawan yogurt

1 Sudu teh air mawar

Sedikit serbuk kunyit

Cara-Caranya

Masukkan betik yang telah dikisar halus ke dalam mangkuk bersama-sama dengan yogurt, air mawar dan juga serbuk kunyit. Gaul kesemua bahan sehingga sebati dan sapukan ke seluruh bahagian kaki hingga ke bawah tumit kaki. Biarkan selama 15 minit dan basuh kaki dengan air sejuk.

Baking Soda

via Masrawy

Baking soda mempunyai sifat atau agen pemutihan yang membantu untuk mencerahkan kulit. Di samping itu, ia juga mempunyai sifat antibakteria yang kuat yang akan mencegah bakteria berbahaya agar kulit sentiasa bersih.

Bahan-Bahan

1 Sudu besar baking soda

Separuh jus lemon

Cara-Caranya

Masukkan baking soda dan jus lemon ke dalam mangkuk. Kacau rata campuran ini dan sapukan pada kaki. Gosokkan kaki dengan gerakan bulat selama beberapa minit. Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.

Tomato

via NDTV Food

Tomato mengandungi lycopene dan aktioksidan juga mempunyai agen pemutih untuk kulit.

Bahan-Bahan

1 Biji tomato yang sudah masak

Cara-Caranya

Potong tomato separuh. Gosokkan tomato yang dipotong tadi pada keseluruhan kaki selama 3 hingga 5 minit. Kemudian biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh kaki dengan air yang bersih.

Ubi Kentang

via Budan Sons

Ubi kentang mengandungi vitamin C yang dapat menghilangkan melanin pada kulit dan juga dapat melembapkan kulit.

Bahan-Bahan

1 Biji Kentang

Cara-Caranya

Kupas kentang dan parutkan. Gosokkan kentang yang diparut tadi pada seluruh kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Selepas itu, basuh kaki dengan air bersih seperti biasa.

Tepung Kacang Dhall Dan Air Mawar

via Ampel Foodstore

Tepung kacang dhall adalah bahan pemutih yang memang dapat membantu membersihkan pori-pori dan mencerahkan kulit secara menyeluruh. Sementara air mawar pula mempunyai sifat astringen yang dapat mengembalikan keseimbangan pH kulit dan membuka pori-pori kulit serta dapat menjadikan kaki menjadi bersih, cantik  dan cerah.

Bahan-Bahan

4 Sudu besar tepung kacang dhall

Air mawar mengikut keperluan

Cara-Caranya

Campurkan kedua-dua bahan dan sebatikan hingga menjadi cukup pekat. Sapukan campuran pada kaki dan biarkan sehingga betul-betul kering. Apabila sudah kering, bolehlah dibasuh dengan air sehingga bersih.

Kulit Oren Dan Susu

via Bukanaku

Kulit oren adalah agen pemutih semula jadi yang dapat mengurangkan bintik-bintik gelap dan mencerahkan kulit kaki. Susu pula akan bertindak untuk tujuan pengelupasan dan akan melembapkan kulit serta memperbaiki penampilan pada bahagian kaki.

Bahan-Bahan

2 sudu besar kulit oren yang telah diparut

Susu segar mengikut keperluan

Cara-Caranya

Campurkan 2 sudu besar parutan kulit oren bersama dengan susu segar sehingga campuran menjadi pekat. Sapukan pada kaki dan dibiarkan selama 20 minit. Basuh kaki sehingga bersih.

Semoga cara ini akan membuatkan anda lebih berkeyakinan dan tahu betapa pentingnya untuk menjaga kebersihan kaki agar tampil lebih menarik, cantik dan lebih cerah.

Selamat Mencuba!

bahansemulajadi putihkankulitkaki gayahidupsihat
https://lomp.at/arcw0
Share33Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Malaysia

Tuduh Malaysia Curi Budaya Sukan Pacu Jalur, Media Indonesia Membuat Cerita?

by Arsiqin Yusof
July 9, 2025

Baru-baru ini, isu sensitif melibatkan budaya serumpun kembali hangat apabila media Indonesia mendakwa Malaysia telah "mencuri" budaya sukan tradisional Pacu...

Read more
Malaysia

[VIDEO] “Nenek Cakap Aura Dia…” – Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC

KLCC atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan kawasan pembangunan ikonik yang menjadi simbol kemodenan dan kemajuan ibu negara Malaysia....

Read more
by Arsiqin Yusof
July 8, 2025
Malaysia

[VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Satu perkongsian video yang tular di Instagram telah mencuri perhatian ramai apabila seorang pelajar Indonesia berkongsi pengalamannya tentang perbezaan tahap...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 3, 2025
Budaya

Keluarga Pasang Tali Penghadang Sekitar Kubur Nurly Shahirah, Dikatakan Wujud Tindakan Khurafat!

Sudah hampir tiga minggu sejak kemalangan tragis meragut nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah Azman. Kehadiran Pengunjung...

Read more
by Aphit J.
June 29, 2025
Bisnes

[VIDEO] Selepas 10 Tahun, Siti Khadijah Perkenalkan Telekung Rekaan Baharu

Kami di MURAI berpeluang hadir ke pelancaran reka bentuk muka terbaharu dari jenama telekung terkenal, Siti Khadijah, yang berlangsung di...

Read more
by Phic ARMAN
June 24, 2025
Islamik

[VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Tindakan pendakwah bebas, PU Syed menegur secara terbuka sebuah lagu nyanyian penyanyi muda tempatan telah mencetuskan pelbagai reaksi di media...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 18, 2025
Budaya

[VIDEO] Raya Haji: Model Jepun Tercengang Lihat Penyembelihan Korban, Tapi ‘Ending ‘Dia Buat Ramai Sebak

Seorang pempengaruh dari Jepun, @sora_fula, yang ada lebih 140,000 pengikut di TikTok, baru-baru ini jadi perhatian ramai selepas dia kongsikan...

Read more
by Phic ARMAN
June 6, 2025
Dunia

[VIDEO] Ramai Sangka Dari Qatar, Bangunan PNB 118 Rupanya Dah Mendunia!

Dalam era media sosial kini, sebuah video TikTok oleh pengguna @hannahrosfx telah mencetuskan kekeliruan apabila ramai menyangka bangunan ikonik Malaysia,...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Islamik

[VIDEO] “Kalau Dia Islam, Jatuh Kafir…” – UAI Tegur Suntingan Video AI Menganjing Islam, ‘Enjoy’ Di Neraka

Satu suntingan video menggunakan teknologi AI yang memaparkan watak-watak rekaan seolah-olah sedang ‘berada di Neraka’ sambil ‘bergurau’ mengenai azab akhirat...

Read more
by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
Budaya

“Apa Yang Kau Nak Buktikan” – Individu Tampil Beri Teguran Pemakaian Ketat Penunggang Basikal ke Mekah

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh akaun Instagram bernama “Rukun Islam 5” telah menarik perhatian ramai warganet. Tidak...

Read more
by Aphit J.
June 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem