Sebelum ini, pengikut personaliti media sosial terkenal yang juga pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri sedia maklum bahawa figura itu sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka di luar negara.

Umum Pertunangan 

Terbaru, menerusi laman media sosial nya, Dr Amalina memuatnaik foto sebentuk cincin di jari manisnya sekaligus berkongsi khabar gembira bahawa dia kini sedang menjadi tunangan orang. Di kesempatan itu juga, Dr Amalina meluahkan rasa teruja mengenai persiapan perkahwinannya yang bakal diadakan di United Kingdom dan tanah air sendiri, Malaysia.

IKLAN

Biarpun tidak berkongsi lanjut mengenai tarikh perkahwinannya, namun rata-rata pengikut Dr Amalina membanjiri komen balas posting berkenaan dengan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan perkahwinannya kelak akan dipermudahkan.