Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

YonnyBoii & Azlan Typewriter Jawab Dakwaan Muzik Video LGBT

by Khai Azfar
August 13, 2020
Share on Facebook

Baru sahaja dilancarkan pada hujung minggu lalu, namun duet terbaharu YonnyBoii dan Azlan Typewriter berjudul Kelabu sudah mencetuskan kontroversi nya apabila dikaitkan dengan isu LGBT.

Hanya Kerana Payung 

Menerusi muzik video yang dimuatnaik pada minggu lalu, terdapat beberapa komen dari pengguna yang mendakwa video tersebut seolah-olah mengangkat isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Dakwaan tersebut muncul selepas terdapat sekaki payung berwarna-warni telah digunapakai dalam video muzik Kelabu. Sebagai info, golongan LGBT mendakwa warna-warni merupakan ‘warna rasmi’ bagi mereka.

Tidak Sokong LGBT

Menjawab isu tersebut, Azlan berkata ianya hanya sekadar persepsi orang ramai dan sama sekali tidak akan mempromosikan sebarang perkara berkaitan dengan LGBT.

“Kalau ada yang menganggap adegan yang terkandung dalam video muzik Kelabu berkaitan dengan LGBT atau apa sekali pun, itu hanyalah persepsi mereka semata-mata. Tidak ada kaitan pun sama sekali untuk mempromosi ideologi tersebut.

“Payung yang digunakan memang berwarna warni untuk melambangkan kehidupan yang pelbagai warna. Biasanya pelangi akan muncul selepas hujan dan menggembirakan sesiapa sahaja yang melihatnya” katanya kepada Murai.my

Bagi Yonny pula, Kelabu punyai maksud tersendiri dan tidaklah mendorong ke arah negatif. Kongsinya lagi, dia berharap agar pengikutnya tidak putus asa dan percaya dengan hikmah yang ada dalam setiap masalah yang melanda.

“Begitu juga dengan Kelabu. Meskipun hidup diselubungi pelbagai masalah, percayalah masih ada kegembiraan dan kebahagiaan yang akan dinikmati selepas itu. Apa yang penting jangan putus harapan” tambah Yonny

Untuk rekod, muzik video Kelabu kini telah mendapat lebih dari 300 ribu tontonan dan menduduki tangga ke-9 carta Trending di laman YouTube.

Yonnyboii Simpan Trauma Dibuli Sejak Sekolah, Kecewa Pembuli Langsung Tak Rasa Bersalah

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Azlan typewriterLGBTYonnyBoii
https://lomp.at/z3lbq
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara