Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Nazmi Irfan Buat ‘Comeback’ Selepas 5 Tahun Menyepi

by Khai Azfar
August 22, 2020
Share on Facebook

Lima tahun menghilangkan diri dalam bidang seni sebenarnya membuatkan hatinya seolah-olah pedih. Bagi penyanyi Nazmi Irfan, 26 rindunya pada bidang ini membuatkan dia bertekad untuk kembali semula seterusnya diterima ramai.

Tampil Dengan Lagu Baru

Hadir dengan lagu Asmara Cinta ciptaan Nur Rasa & Sheikh Qalam, Nazmi yakin pertaruhannya menjadi memandangkan lagu berentak pop balada menepat halwa telinga masyarakat yang sentiasa menyambut baik karya-karya seperti itu.

“Kalau sudah minat, mana boleh ditinggalkan bidang nyanyian. Ini juga yang saya rasakan saat ‘hilang’ beberapa tahun daripada industri seni. Tak tergambar dengan kata-kata bila akhirnya masih berpeluang untuk kembali ke gelanggang seni.

“Lagu Asmara Cinta juga sebenarnya besar ertinya. Saat mendapatkan sahaja lirik, saya tahu bait-bait perkataan tersebut merupakan gambaran kasih sayang sesama manusia dan dekat juga dengan ketuhanan,” katanya menerusi edaran pada Murai.my

Pertimbang Kerjaya 

Mengambil masa tiga bulan untuk menelaah melodi dan lirik Asmara Cinta, kata Nazmi dia tidak mahu tergopoh-gapah memandangkan perlu membuat pelbagai persediaan mental dan fizikal sebelum sesi rakaman. Malah, dia sendiri sudah mempunyai kerjaya tersendiri perlu dipertimbangkan pelbagai perkara agar tidak memberikan kesan kepada kerjaya yang sedang digalas semata-mata untuk kembali ke persada seni.

“Saya perlu membahagikan masa agar tidak menjejaskan pekerjaan. Menariknya semua pihak memberikan sokongan penuh saat saya menyatakan hasrat untuk kembali menyanyi. Semangat ini yang saya perlukan,” tambahnya lagi.

Pernah Mempunyai Album Mini 

Untuk rekod,sebenarnya anak kelahiran Kuala Lumpur ini bukanlah orang baharu di dalam industri memandangkan dia pernah menghasilkan sebuah mini album penuh ketika masih di bangku sekolah pada tahun 2007. Album yang mengandungi lima buah lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan memperkenalkan namanya kepada peminat.

Berselang masa, Nazmi kembali mempertaruhkan single Kau Yang Satu ciptaan Asfan Shah pada tahun 2015. Lagu tersebut benar-benar menaikkan namanya memandangkan menjadi runut bunyi (OST) kepada lima buah drama termasuklah Cinta Hati Batu dan Hidayah-Mu Ramadan.

“Saya berharap lagu ini akan diterima ramai dan mengembalikan semula nama saya ke dalam industri,” tambahnya lagi.

Asmara Cinta sudah berada di semua platform digital termasuklah Apple Music, Spotify, Joox, Deezer dan beberapa platform lagi. Lagu ini juga boleh didengari melalui saluran YouTube SHEIKH QALAM RECORDS.

YouTube video

nazmi irfan
https://lomp.at/hes49
Share4Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara