Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

[VIDEO] Gempar! Youtuber Mualaf, Daud Kim Dituduh Cuba Merogol?

by Zaidin Albert
August 24, 2020
Share on Facebook

Penyanyi dan YouTuber dari Korea Selatan, Daud Kim, telah menjadi trending di Twitter Malaysia sejak semalam (23/8). Ini gara-gara pemilik akaun di Twitter bernama @sanspinkhair mendakwa lelaki bernama Daud Kim cuba merogolnya ketika sedang tidur.

Pengakuan wanita ini dibuat menerusi sebuah video TikTok, di mana dalam video tersebut merakam kelibat seorang lelaki yang disebut sebagai Daud Kim. Lelaki itu dalam keadaan separuh bogel sedang memakai seluar dalam di hujung tangga.

Dalam video pendek tersebut, wanita ini mendedahkan Daud Kim cuba merogolnya ketika dia sedang tidur.

tw // sexual assault

spread this shit like wildfire it’s disgusting pic.twitter.com/l5H2bQUxej

— amélie loves san⁷ ☁️ 生 (@sanspinkhair) August 23, 2020

“Hari pertama saya tiba di Korea. Youtuber Daud Kim cuba merogol saya ketika saya tidur. Tolong sebarkan video ini. Saya telah menjadi mangsa, saya ada banyak bukti. Dia telah memohon maaf dan block saya, jadi dia boleh memanipulasi jutaan subscribernya di Youtube.”- tulisnya di video tersebut.

Tambah wanita ini lagi, dia telah membuat aduan kepada pihak polis di Korea, namun tidak ada tindakan dibuat.

“Pihak polis di Korea tidak melakukan apa-apa untuk melindungi kami. Malah kami mungkin boleh disaman, jadi kami mahukan keadilan”

Difahamkan wanita ini bersama rakan-rakannya berkunjung ke Korea untuk bercuti. Tidak dapat dipastikan apakah hubungan mereka dengan Daud Kim. Namun, wanita ini berkata,  kerana kelakuan tidak senonoh Daud Kim, percutian mereka dihantui rasa trauma.

Sehingga artikel ini ditulis, Daud Kim tidak lagi memberi apa-apa respon tentang dakwaan ini. Ini kerana wajah lelaki dalam video tersebut tidak begitu jelas dan ada kemungkinan ia adalah palsu atau ada tujuan khianat.

Daud Kim memiliki pengikut mencecah 2.2 Juta di Youtube. Daud Kim menjadi terkenal sejak dia membuat video tentang mengapa orang Korea memerlukan Islam. Dia memutuskan untuk memeluk agama Islam pada bulan September 2019. Dia menjadi tertarik dengan Islam setelah berkunjung ke Indonesia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Daud Kim
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @movielinkmv (IG)
Korea

Dirancang Atau Ejen 66 Benar-Benar Mati?- Ini Penjelasan Ending ‘Agent Kim Reactivated’

by Nurul A.
July 27, 2026

Selepas berminggu-minggu penonton beremosi menunggu episod 'Agent Kim Reactivated' dikeluarkan di Netflix, akhirnya pada minggu lepas siri drama Korea ini...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Korea

Siri Komedi-Romantik Netflix Baharu, ‘Our Sticky Love’ Bongkar Penipuan Manis Jung Hae-In!

by Nurul A.
July 24, 2026

Ditayangkan pada 7 Ogos ini di Netflix, siri rom-kom 'Our Sticky Love' mengikuti Go Eun-sae (Ha Young), seorang pendakwa raya...

Read moreDetails
Foto - MILLI
Asia

Penyanyi Rap Thailand, MILLI Bakal Gegarkan Malaysia Dengan Konsert Pertamanya Pada September Ini!

by Nurul A.
July 7, 2026

Penyanyi rap wanita nombor satu di Thailand, MILLI akan membuat konsert pertamanya di Malaysia pada 4 September di Jiospace. Tiket...

Read moreDetails
imzoo
Spotlight

Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde

by Nurul A.
August 4, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, "waiting for u" bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Spotlight

Ikuti JENNIE Meneroka Percintaan Musim Panas Dalam “Less than a Lover”

by Nurul A.
July 25, 2026

JENNIE, ahli BLACKPINK, baru sahaja mengeluarkan lagu baharunya iaitu "Less than a Lover". Ia merupakan sebuah balada pop alternatif yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara