Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini.
Menerusi akaun Instagramnya, Kyung Pyo mengatakan dia akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis dan akan menangguhkan kerjayanya buat sementara waktu.
Ko Kyung Pyo Rempuh Trak Sampah Dalam Keadaan Mabuk
Terkenal dengan siri ‘Reply 1988‘, pelakon itu menjelaskan bahawa selepas melanggar trak sampah tersebut, dia cuba mencari tempat untuk meletakkan keretanya dan segera memohon maaf kepada dua pekerja pembersihan.
“Mereka dengan sopan memberitahu saya bahawa mereka telah menghubungi polis. Adalah wajar jika mereka marah kepada saya. Saya memberitahu mereka bahawa saya akan bertanggungjawab sepenuhnya, dan kami semua menunggu polis.”
“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis. Saya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menangani kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan itu dan akan bertanggungjawab sepenuhnya.”
Selain mendedahkan akan menggantung semua aktiviti yang dijadualkan Kyung Pyo turut memohon maaf kepada mereka yang telah bekerjasama dengannya untuk penggambaran episod bagi rancangan yang sedang berlangsung atau akan datang.
Untuk makluman, penerbit rancangan yang menampilkan Kyung Pyo, berkata mereka akan menyunting bahagiannya sebelum ia disiarkan. Manakala sesi bertemu dan beramah mesra dengan peminat pula dibatalkan.











