Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert Minggu 5 Big Stage Diganti Dengan Konsert Tribute Sandra Dianne

by Khai Azfar
September 11, 2020
Share on Facebook

Seluruh industri hiburan terkejut dan bersedih dengan khabar berita pemergian penyanyi yang juga peserta Big Stage 2020, Allahyarhamah Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya akibat nahas jalan raya Sabtu lalu.

Konsert Diganti Dengan Tribute Sandra Dianne 

Allahyarhamah bersama ibu tercinta
via Instagram Sandra Dianne

Dalam pada itu, konsert minggu kelima yang dijadualkan pada minggu ini akan digantikan dengan konsert tribute khas buat Allahyarhamah, #SandraDalamKenangan bagi mengenangnya serta mengimbau kembali penglibatan di dalam industri seni tanahair. Keputusan itu telah diumumkan oleh Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria sebentar tadi menerusi edaran pada pihak media.

“Pihak Astro khususnya seluruh warga produksi ‘Big Stage 2020’ masih terkejut dan cukup terkesan dengan khabar duka mengenai pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi sewaktu sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya akibat nahas jalan raya Sabtu lalu.

Pemergian arwah Sandra merupakan sebuah kehilangan yang besar buat kami. Oleh itu, sebagai tanda penghormatan terakhir, pihak Astro mengambil keputusan untuk tidak meneruskan Konsert ‘Big Stage 2020’ pusingan kelima pada Ahad ini seperti kebiasaan sebaliknya bakal mengadakan sebuah konsert tribute istimewa berjudul #SandraDalamKenangan bagi mengenang arwah dan penglibatan beliau dalam industri seni tanahair terutamanya sepanjang pertandingan ‘Big Stage 2020’ berlangsung” kata Emarina

Astro Biaya Kos Penghantaran Pulang Jenazah 

keadaan kereta yang dipandu Sandra
via media sosial

Dalam kenyataan itu juga, pihak Astro juga akan turut membantu daripada aspek pengurusan termasuklah membiayai kos penghantaran pulang jenazah ke Sabah pada petang ini dan menghulurkan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban keluarga. Malah difahamkan, mereka juga turut mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis tahlil buat arwah dalam masa yang terdekat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sandra Dalam Kenangansandra dianne meninggal dunia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara