Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wajah Terkini Ebby Saiful Diperlihatkan Dalam The Masked Singer Malaysia

by Khai Azfar
September 30, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Program The Masked Singer Malaysia menyaksikan identiti selebriti di sebalik kostum Rimau didedahkan. Sebelum itu, Tiga selebriti yang memakai kostum ABC, Musang King dan Rimau terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’ pada minggu kedua.

Rimau Tersingkir 

Dengan markah terendah sebanyak 69%, Rimau yang mendendangkan lagu I Want You To Love Me oleh Alif Satar tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens.

Wajah Terkini Ebby Saiful 

Saat mendedahkan identitinya, juri serta penonton rata-rata tidak menyangka bahawa pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular Malaysia dan Singapura pada era 1980an, Ebby Saiful adalah penyanyi misteri itu.

Ebby Saiful sebelum ini begitu dikenali menerusi filem-filem hebat di sekitar tahun 80an dan 90an seperti Ali Setan, Marah-Marah Sayang, Hantu Siang, Suara Kekasih dan Sumpahan Mahsuri.

Untuk rekod, setiap minggu, 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR. Program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu menyaksikan hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan kerana kesemua peserta mengenakan kostum dari kepala hingga ke kaki.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ebby SaifulEbby Saiful the masked singerthe masked singer
Share7Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara