Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

5 Petua Mengatasi Kulit Kusam. Lelaki Harus Tahu!

by Jash Lee
October 17, 2020
Share on Facebook

Salah satu masalah yang sering dialami oleh lelaki adalah masalah kulit kusam. Lelaki mungkin jarang menyedari akan keadaan ini kerana kaum ini hanya merasakan kulit mereka hanya gelap kerana kerap melakukan aktiviti luar.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka menganggap hanya mencuci muka dengan sabun juga sudah mencukupi. Walaupun sebenarnya mereka memerlukan beberapa siri penjagaan kulit agar kulit lelaki juga dapat kelihatan lebih cerah berseri.

Untuk memudahkan anda merawat kulit yang kusam, kami telah menyenaraikan 5 petua mudah yang boleh dilakukan mengikut keperluan kulit. Jom kita tengok!

Membersihkan Kulit Wajah

via remaja.my

Membersihkan wajah adalah penjagaan kulit yang termudah dan paling utama dan ianya tidak boleh ditinggalkan pada setiap hari. Terutamanya jika mereka merasakan kulit mereka selalu kelihatan kusam.

Oleh itu, anda perlu meluangkan masa pada setiap pagi dan malam untuk mencuci muka dengan menggunakan produk yang sesuai dengan kulit wajah anda. Anda disarankan untuk menggunakan produk mencuci muka yang lebih ringan untuk menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan. Sekiranya kulit anda cenderung berminyak, gunakan pembersih yang khas untuk kulit berminyak. Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering dan sensitif, pastikan anda memilih pencuci muka yang mengandungi banyak buih.

Gunakan Skrub Secara Berkala

via maskulin.com.my

Proses pengelupasan sebenarnya sangat baik bagi menghilangkan kotoran dan kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori pada wajah tersumbat. Lebih-lebih lagi, kulit lelaki dua kali lebih tebal berbanding kulit wanita yang mudah mengakibatkan lebih banyak kotoran dan sel kulit mati terjadi. Ini adalah kerana sel-sel kulit mati yang berkumpul yang menjadikan kulit anda kelihatan kusam walaupun setelah anda mencuci muka.

Oleh itu, anda perlu melakukan pengelupasan pada kulit wajah anda denagn menggunakan skrub secara berkala. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk membantu kulit anda kelihatan lebih cerah, bersih dan lebih lembut. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif atau jeragat, cukup dengan hanya skrub seminggu sekali sahaja.

Fokus Pada Kawasan Mata

via Shutterstock

Sebilangan besar lelaki sangat mengambil mudah akan kepentingan penjgaan kulit wajah. Oleh itu, tidak menjadi sesuatu yang menghairankan jika mereka hanya merawat kulit tanpa memerhatikan bahagian-bahagian penting yang benar-benar dapat membuatkan kulit menjadi kusam.

Salah satu kawasan di wajah yang mempengaruhi penampilan seseorang adalah pada bahagian mata. Sekiranya anda mengalami dehidrasi, letih atau kurang tidur, kawasan di sekitar mata biasanya akan membentuk lingkaran gelap pada sekitar mata atau lebih dikenali sebagai mata panda.

Keadaan ini akan menjadikan kulit wajah kelihatan lebih kusam dan letih. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan krim khas untuk mata dengan kandungan retinol yang dapat membantu untuk menyamarkan lingkaran hitam di kawasan mata sehingga kulit menjadi lebih cerah.

Cukur Dengan Cara Yang Betul

via maskulin.com.my

Anda mungkin tidak menyangka bahawa mencukur misai atau juga dapat memberi kesan pada penampilan kulit yang kusam. Sebenarnya, setakat ini masih ramai lelaki yang tidak memahami cara mencukur di kawasan muka dengan betul. Sebab itulah, kadang-kadang kulit akan tercedera.

Kerengsaan dan luka di kawasan muka boleh menjadi faktor kulit kusam. Selain itu, keadaan ini juga dapat menjadikan wajah anda kelihatan tidak menarik. Oleh itu, cubalah memilih pisau cukur yang betul kemudian belajarlah cara-cara mencukur dengan lebih baik. Selepas bercukur, anda digalakkan untuk mengaplikasikan krim pencukur yang mengandungi aloe vera atau lidah buaya bagi membantu kulit kelihatan lebih lembap dan lebih sihat selepas bercukur.

Kurangkan Tekanan

via inspiradata.com

Siapa kata bahawa kulit yang rosak akibat tekanan hanya dialami oleh kaum wanita? Walaupun jenis kulit lelaki dan wanita berbeza, kesan yang timbul akibat tekanan juga dapat dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira lelaki atau wanita.

Apabila kita mengalami tekanan, pengeluaran hormon kortisol akan meningkat di dalam badan. Keadaan ini dapat menjadikan aliran darah di kulit menjadi lebih perlahan. Kesannya, kulit juga akan mengalami pelbagai masalah. Bermula dari timbulnya jerawat, kulit menjadi kering dan kusam.

Cara bagi mengelakkan stress atau tekanan dari terjadi, anda boleh mengamalkan senaman ringan setiap hari, makan makanan yang berkhasiat, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, selalu melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Jangan lupa juga untuk menggunakan pelembap dan pelindung matahari pada kulit wajah setiap hari walau kemana sahaja anda berada.

lelaki perempuan penjagaankulit kulityangkusam
https://lomp.at/zzs6g
Share3Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

5 Idea Dating Percuma di Kuala Lumpur – Tak Perlu Keluar Duit Langsung!

by Farah Fatihah
February 15, 2026

Kalau kalian nak idea dating yang best tapi jimat, Kuala Lumpur sebenarnya banyak lokasi menarik yang boleh diterokai tanpa perlu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara