Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Ejen Ali The Movie Diiktiraf Filem Fiksyen Arahan Terbaik Asia

by Khai Azfar
October 19, 2020
Share on Facebook

Filem ‘box office’ dan animasi nombor satu di Malaysia yang berjaya meraih kutipan melebihi RM30 juta, Ejen Ali The Movie, hasil usahasama Primeworks Studios dan WAU Animation telah diberi penghormatan menerusi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) untuk pengarah, Usamah Zaid Yasin. Ini merupakan tahun kedua untuk Ejen Ali di Asian Academy Creative Awards, selepas kemenangan siri TV pada tahun 2018 bagi kategori Program Animasi 3D Terbaik atau kategori Siri (Malaysia).

Dua Karya Terbaik Malaysia

Selain Ejen Ali The Movie, satu lagi karya iaitu Alif & Sofia turut berjaya merangkul kemenangan di Asian Academy Creative Awards 2020 apabila diumumkan sebagai pemenang untuk mewakili Malaysia, secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Asian Academy Awards (AAA) .

Program Prasekolah Terbaik

Siri animasi 3D yang diterbitkan untuk platform YouTube, dihasilkan bersama antara Primeworks Studios dan Blindspot Studios ini menampilkan pengembaraan dua adik-beradik yang aktif, bertanggungjawap dan mereka menerokai dunia kanak-kanak melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan iaitu belajar menerusi cerita, muzik, lagu, tarian dan permainan imaginatif yang diilhamkan dari pembelajaran kehidupan Islam sekaligus mengungguli kategori Program Prasekolah Terbaik.

Sebagai info, Asian Academy Creative Awards (AAA) adalah anugerah tahunan berprestij yang meraikan karya-karya dari Australia & New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong SAR, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Anugerah ini adalah untuk meraikan usaha industri kreatif dalam penerbitan kandungan dan produksi.  

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Alif & Sofiaejen ali the movie
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara