Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wajah Didedahkan, Penyanyi OST Perempuan Tanpa Dosa Ini Sebenarnya Bakal Guru!

by Khai Azfar
November 13, 2020
Share on Facebook

Sejak diperdengarkan secara rasmi sebagai runut bunyi untuk drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa dan Angkara Cinta yang sedang ditayangkan ketika ini, ramai yang tertanya mengenai siapakah penyanyi bersuara lunak ini.

Wajah Aliff Iskandar Diperlihatkan 

Manakan tidak, hanya diperlihatkan susuk tubuh disebalik bayang warna hitam dan putih ramai yang ingin melihat wajah sebenar penyanyi Aliff Iskandar yang telah dipilih oleh Micheal Ang dan Indigital Music sebagai penyanyi baharu sekaligus diberi ‘hadiah’ sebuah lagu berjudul Perit.

YouTube video

Meskipun hanya melihat bayangan wajah dan tubuh badannya, bait-bait lirik yang cukup menusuk hati dan ditambah dengan melodi yang begitu indah membuatkan lagu ini digemari ramai walaupun ada yang pertama kali mendengarnya. Tidak hairanlah video lirik lagu ini sudah mendapat hampir 200,000 jumlah tontonan sejak dimuatnaik kurang dua bulan yang lalu.

Kini, teka-teki disebalik wajah tersebut telah pun dirungkaikan apabila penyanyi berusia 20 tahun ini secara rasminya mendedahkan wajah kacaknya bersempena dengan pelancaran muzik video rasmi Perit semalam.

Menurut Aliff yang juga merupakan bakal guru muzik dan sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur dia meluahkan rasa syukur kerana lagunya diterima baik oleh peminat meskipun masih ‘hijau’ di dalam industri.

“Lagu Perit merupakan hasil ciptaan saya sendiri dan bekerjasama dengan Iman Imran selaku penulis lirik. Untuk lagu Perit ini, saya rasa satu pembukaan dan jalan pertama saya di dalam industri muzik. Saya harap dengan lagu ini, saya dapat lebih berkarya dan orang akan lebih mengenali Aliff Iskandar” katanya pada Murai.my

Ingin Bergerak Seiring 

Bercakap mengenai perancangannya akan datang, pemilik nama sebenar Nor Aliff Iskandar Bin Norazmi ini tidak menolak sekiranya akan menumpukan sepenuhnya pada kariernya sebagai seorang guru kelak. Namun, buat masa ini dia terlebih dahulu ingin mengorak langkah sebagai penyanyi apatah lagi telah diberi peluang menjadi artis naungan Indigital Music.

“Kita pun tak tahu rezeki kita dekat mana”

“Apa yang saya belajar ketika ini Insyallah sekiranya diberi peluang saya akan ajarkan pada murid-murid. Sekiranya dihantar posting ke Sabah dan Sarawak sekalipun saya akan tetap terima memandangkan saya ada letak harapan untuk mengajar di sana”

“Mengenai keutamaan, sebenarnya saya nak bergerak seiring. Untuk bergelar guru ianya adalah harapan keluarga, jika dari isi hati pula saya ingin menjadi penyanyi dan lebih kepada muzik. Kalau boleh saya ingin berkarya sambil mendidik dan dalam masa yang sama memberi manfaat buat keluarga” katanya lagi

Terdahulu, Micheal Ang dan Indigital Music telah membuat pencarian bakat baharu untuk menyanyikan runut bunyi bagi drama Perempuan Tanpa Dosa. Daripada ratusan penyertaan, Aliff berjaya mengenepikan peserta lain seterusnya merakamkan lagu berkenaan.

YouTube video

Aliff Iskandar
https://lomp.at/d5mqs
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara