Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Nak Jadi Freelancer? Ini 5 Panduan Terbaik Untuk Anda

by Jash Lee
December 5, 2020
Share on Facebook

Ada berbagai-bagai cara dan jalan yang boleh kita lakukan untuk mencari pendapatan seharian. Ada yang suka berkerja dengan pendapatan yang tetap, waktu kerja juga telah ditetapkan dan mendapat gaji juga tetap. Namun tak kurang juga yang suka bekerja secara sambilan atau bekerja sendiri atau dengan kata lain ‘freelance’. Pada mereka, cara ini akan membolehkan mereka menguruskan masa sendiri mengikut kesesuaian mereka sendiri.

via rencanamu.id

Namun, apa sahaja jenis pekerjaan yang kita lakukan adalah boleh mengikut kreativiti dan bakat yang dianugerahkan kepada kita. Sama ada anda adalah seorang pekerja tetap mahupun ‘freelance’, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dan juga mempunyai tanggungjawab serta memerlukan pengurusan masa yang baik agar anda boleh menjadi seorang pekerja yang berdisiplin.

Bagi anda yang memilih untuk bekerja sebagai seorang ‘freelance’, di sini kami senaraikan 5 panduan dan tip yang boleh anda cuba bagi membolehkan anda berjaya untuk mendisiplinkan diri anda sendiri walaupun sebenarnya masa dan segalanya di tangan anda. Jom kita tengok.

Menepati Masa

via jojonomic.com

Masa adalah suatu perkara yang sangat penting untuk menilai perwatakan seseorang itu. Jika anda dilabel sebagai seorang yang tidak menepati masa, maka anda tidak sesuai untuk bekerja sebagai seorang ‘freelance’.

Ini adalah kerana kebiasaannya pelanggan sudah mempunyai satu pandangan negatif terhadap diri anda jika hanya kerana anda tidak menepati dan menghargai masa. Ini juga akan mengurangkan rasa kepercayaan pelanggan terhadap kerja anda. Jadi, sebagai seorang ‘freelance’, anda harus sentiasa mengambil kira soal ketepatan masa dan menjadi seseorang yang sangat menghargai masa.

Bijak Mengambil Peluang

via moneysmart.id

Selain dari masa, anda juga mestilah berani dan bijak mencari serta merebut peluang yang ada. Namun tidak perlu memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Bersainglah secara sihat dan tunjukkan anda adalah seorang yang profesional dan mampu melakukan kerja tepat pada masanya serta mampu merealisasikan apa yang dikehendaki oleh pelanggan anda.

Tunjukkan kesungguhan anda dan lakukan apa yang sudah dijanjikan bersama pelanggan. Ini akan membuatkan nama anda akan terus diingati untuk projek mereka yang akan datang.

Mempunyai Ramai Kawan Dan Hubungan Yang Baik

via Return Path

Ini adalah perkara yang sangat penting untuk menjadi seorang ‘freelance’. Rakan ataupun ‘contact’ rapat yang ramai akan memudahkan anda untuk melebarkan lagi sayap dalam dunia pekerjaan seperti ini. Walaupun anda tidak mempunyai rakan yang ramai, namun anda perlu hilangkan sikap malu dan memperkenalkan diri anda kepada rakan-rakan yang baru untuk menambahkan lagi kenalan anda.

Kad nama adalah amat penting untuk mempromosikan perkhidmatan yang anda lakukan. Dengan cara begini, anda boleh berjaya menjadi seorang ‘freelance’.

Mudah Dibawa Berbincang

via pacaruna.com

Anda haruslah menjadi seorang yang mudah untuk dibawa berbincang. Dengan kata lain, anda juga jenis yang mudah menerima pendapat dan pandangan orang lain. Jika anda bekerja dalam bidang kreatif, anda boleh saling bertukar-tukar idea dan pandangan. Ia amatlah penting untuk menghasilkan satu kerja yang terbaik dan memberikan hasil yang dikehendaki oleh pelanggan.

Seandainya anda mempunyai sikap tidak suka menerima idea dan pandangan orang lain, ini akan menyukarkan urusan dengan pelanggan ataupun rakan-rakan kerja yang lain juga. Lama kelamaan, perkhidmatan anda mungkin tidak mahu digunakan lagi.

Kukuhkan Kepercayaan Pelanggan

via magazine.job.like.com

Anda adalah seorang pekerja dan dalam masa yang sama anda juga seorang majikan. Jadi, anda perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan anda sendiri. Sebolehnya tunjukkanlah bahawa anda mempunyai sistem kerja yang sistematik bagi meyakinkan pelanggan untuk terus berurusan dengan anda.

Ini kerana persaingan dengan syarikat yang lain amat kuat. Jadi, sebagai individu yang terbabit dengan kerja’freelance’, anda perlukan sikap dan sifat yang baik agar mendapat sepenuhnya kepercayaan daripada pelanggan anda. Anda harus juga ingat, kerja seperti anda, pelangganlah yang menjadi sepenuhnya sumber pendapatan anda dan ianya bergantung kepada seramai mana anda mempunyai pelanggan.

Pekerjaan yang berkonsepkan begini adalah idaman semua orang kerana semua perkara yang perlu diuruskan adalah didalam genggaman kita sendiri tetapi tidak semua yang berjaya dan mampu untuk melakukannya dengan cemerlang.

Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam bidang yang anda minati.

freelancer pekerjaan panduan komunikasi hubungan
https://lomp.at/pe9dj
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara