Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Selepas Bradley Cooper, Lady Gaga Bakal Bergandingan Dengan Brad Pitt?

by Phic ARMAN
November 20, 2020
Share on Facebook

Penglibatan Lady Gaga dalam dunia perfileman benar-benar serius. Kerana setelah berjaya membintangi filem “A Star is Born” bersama Bradley Cooper, sekarang dia dikhabarkan bakal tampil dalam serangkaian filem berprestij lain.

Salah satunya adalah filem “Bullet Train”, di mana Gaga dikatakan akan bergandingan dengan pelakon ternama Brad Pitt. Dilaporkan dari Entertainment Weekly, saat ini Gaga sedang dalam rundingan untuk menyertai projek yang diusahakan oleh pengarah “Deadpool 2” dan “John Wick”, David Leitch.

Menurut sumber, perjanjian itu belum ditandatangani dan tidak jelas sama ada Gaga akan bersetuju untuk berlakon dalam filem itu.

Tetapi yang jelas adalah selain Brad Pitt, filem “Bullet Train” juga akan dibintangi barisan pelakon lain seperti Michael Shannon, Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Zazie Beetz, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, dan Masi Oka.

“Bullet Train” mengisahkan sekumpulan lima pembunuh yang bertemu di Tokyo dan menyedari bahawa misi mereka mempunyai persamaan. Namun, masih belum jelas apa tawaran yang diberikan kepada Gaga, sama ada menjadi salah satu daripada lima watak pembunuh atau watak lain.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Aaron Taylor-JohnsonAndrew Kojibrad pittBradley CooperBrian Tyree HenryJoey Kinglady gaga\Michael ShannonZazie Beetz
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara