Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Lihat 5 Negara Yang Mempunyai Cuti Bersalin Paling Panjang Di Dunia

by Aphit J.
November 26, 2020
via MGH

via MGH

Share on Facebook

Di Malaysia, ibu yang baru melahirkan anak berhak mengambil cuti minimum selama 60 hari (2 bulan) dari tarikh bersalin. Walau bagaimanapun ada sesetengah syarikat yang bermurah hati memberikan cuti 90-120 hari kepada pekerja.

Tapi tahukah anda, ada negara yang beri cuti sampai setahun untuk mereka yang baru melahirkan anak? Berikut adalah senarai negara yang mempunyai cuti paling lama menurut Business Insider.

Lithuania

via The Conversation

Ibu di Lithuania boleh mengambil cuti 18 minggu (4 bulan setengah) dibayar penuh, bapa pula diberi cuti selama 4 minggu. Kemudian mereka diberi cuti tambahan selama 39 bulan untuk dikongsi sehingga anak berumur 2 tahun.

Hungary

via GMS

Di Hungary, ibu boleh mengambil cuti selama 6 bulan yang dibayar sebanyak 70%. Cuti ini boleh bermula seawal 4 minggu dari tarikh dijangka bersalin. Bapa pula diberikan cuti seminggu yang dibayar penuh.

Selepas habis cuti bersalin, ibu bapa boleh mengambil cuti tambahan selama 39 bulan yang boleh dikongsi bersama dengan bayaran 70% daripada gaji.

Norway

via Fertty International

Menurut Business Insider, kerajaan Norway sememangnya terkenal dengan polisi mereka yang amat fleksibel dan amat menjaga keharmonian hidup rakyat.

Ibu-ibu di negara Scandinavia ini boleh memilih cuti bersalin selama 35 minggu (8 bulan lebih) dibayar penuh atau 45 minggu dengan bayaran 80% gaji.

Estonia

via MGH

Ibu-ibu di Estonia diberikan cuti 140 hari (4 bulan lebih) yang dibayar gaji penuh yang boleh diambil seawal 30-70 hari sebelum due date. Para bapa pula diberi cuti sebanyak 2 minggu.

Selepas cuti bersalin tamat, kedua-dua ibu bapa diberikan cuti tambahan sebanyak 14 bulan untuk dikongsi bersama dengan bayaran gaji yang dibayar secara purata.

Belgium

via Project Hot Mess

Kerajaan Belgium memberi cuti sehingga 15 minggu (3 bulan lebih) untuk ibu yang melahirkan. Pada 30 hari pertama anak dilahirkan, mereka dibayar 80% daripada gaji dan 75% untuk waktu cuti selebihnya.

Mereka juga mempunyai pilihan untuk mengambil cuti part-time selama 8 bulan jika tidak mahu menggunakan cuti berterusan selama 15 minggu ini.

Menurut Business Insider, bapa pula menerima cuti sebanyak 10 hari dan 3 hari daripadanya dibayar 100%. Baki 7 hari itu akan dibayar 82% sekiranya dihabiskan dalam masa 4 bulan.

Jadi tidak hairanlah negara-negara di atas mempunyai polisi antara yang terbaik di dunia. Lihat saja cuti bersalin mereka, sangat menjaga kebajikan pekerjanya.

cuti bersalincuti bersalin paling panjangcuti paling panjang
https://lomp.at/adfql
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Budaya

Mustafa Jewellery Bawa 20 Pempengaruh ‘Take Over’ Jonker Street Melaka

by Phic ARMAN
April 15, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di Melaka bertukar lebih meriah apabila Mustafa Jewellery mempersembahkan perarakan budaya bertajuk “Kilauan Raya...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara