Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ada Yang Nyaris Muflis! Ini 5 Artis K-Pop Hidup Dalam Kesusahan Semasa Membesar

by Naddy Joe
November 23, 2020
Share on Facebook

Setiap artis mempunyai laluan yang berbeza ketika mencapai impian mereka. Terdapat beberapa artis K-Pop melalui keadaan yang sukar sewaktu membesar, seperti keadaan kemiskinan. Berikut adalah 5 artis K-Pop yang pernah dibesarkan dalam keadaan kesusahan. Scroll sampai habis okay!

Rain

Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon adalah antara artis yang melalui kehidupan yang susah sewaktu kecil. Rain pernah kelaparan selama beberapa hari berturut-turut kerana tiada makanan di rumah. Bukan itu sahaja, kesihatan Rain juga semakin teruk kerana keluarga mereka tidak mampu untuk membeli ubat untuk ibunya. Ibu Rain meninggal dunia pada tahun 2000, beberapa tahun selepas beliau memulakan debut.

Park Bo-Gum

Menurut channel Korea, Aktor kelahiran tahun 1993 ini pernah mempunyai permulaan yang sukar sewaktu memulakan kerjayanya. Hal ini kerana beliau pernah failkan bankruptcy semasa beliau berusia 22 tahun. Bapa kepada Park Bo-gum telah meminjam sejumlah wang daripada pemberi pinjaman untuk memulakan bisnes dan mendaftarkan nama Park Bo-gum menjadi penjamin tanpa persetujuannya.

Setelah Park Bo-gum memulakan debut, Park Bo-gum mula mendapat tuntutan untuk melunaskan hutang bapanya yang meningkat secara mendadak disebabkan kadar bunga yang tinggi. Pada September 2015, Park Bo-gum akhirnya bebas dari segala hutang.

IU 

IU atau nama sebenarnya Lee Ji-eun juga antara artis yang mempunyai kisah kesusahannya yang tersendiri. Menurut allkpop, IU pernah berterus terang mengenai masa lalunya yang dilanda kemiskinan dalam sebuah rancangan KBS, Win-Win. IU terpaksa berpisah dengan ibubapanya kerana terlalu miskin dan tinggal bersama nenek, sepupu, dan adik beliau selama satu tahun setengah di bilik studio.

IU turut mendedahkan bahawa bilik tersebut terlalu sejuk dan tidak ada makanan yang cukup untuk dimakan. Mereka hampir tidak tidak dapat hidup dengan wang yang diperoleh oleh neneknya hasil dari menjual aksesori rambut kecil di pasar. Beliau jarang bertemu atau bercakap dengan kedua ibubapanya dan akan menghiburkan diri setiap kali kesepian kerana masih mempunyai neneknya.

Park Shin-hye

Artis kelahiran tahun 1990 ini pernah membuat pendedahan dalam satu episod rancangan variety Korea iaitu Knowing Brothers bahawa keluarga beliau menghadapi masalah kewangan sewaktu beliau membuat keputusan mahu berpindah ke Korea untuk menjadi pelakon. Ibubapanya meninggalkan segala-galanya untuk memastikan mereka ada bersama anak mereka walaupun mempunyai masalah kewangan pada ketika itu.

Han So Hee 

Aktres yang terkenal dalam drama bersiri The World Of The Married mempunyai kisah kehidupannya yang susah sebelum memulakan karier lakonan. Han So Hee hanya mempunyai 300,000 KRW (243 USD) sewaktu datang ke Seoul. Beliau mendapat pekerjaan di sebuah bar dan bekerja setiap hari sehingga matahari terbit untuk memenuhi keperluan hidupnya. Beliau meneruskan kehidupan itu selama lebih dari setahun.

https://lomp.at/srbrl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @hajiwon1023 (IG)
Korea

Semakin Kurus ‘Melidi’, Penampilan Baru Aktres Ha Ji Won Buat Peminat Bimbang

by Nurul A.
March 13, 2026

Aktres Korea Selatan, Ha Ji Won telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terbarunya. Semasa mempromosikan drama terbarunya...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara