Industri Bollywood sememang terkenal kerana memiliki beberapa pasangan selebriti yang yang masing-masing mempunyai kisah percintaan tersendiri.
Antara pasangan yang mencuri perhatian adalah Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan. Pasangan ini sering menjadi topik utama, lagi-lagi kerana perbezaan agama dalam perkahwinan mereka.
Menerusi laman Pink Villa, SRK pernah mengimbau kembali kenangan manis saat-saat awal dia dan Gauri disatukan menjadi pasangan suami isteri. Apa yang melucukan, SRK sempat bergurau dengan adik beradik Gauri semasa majlis resepsi yang membuat semua orang terkejut.
Kisah menarik ini diceritakan kepada Farida Jalal dalam sebuah rancangan bual bicara. SRK teringat bagaimana perkahwinannya dengan Gauri menjadi buah mulut masyarakat kerana perkahwinan menyatukan dua agam berbeza iaitu Hindu-Muslim.
Dia menyatakan bahawa saudara-mara Gauri tertanya-tanya apakah dia akan membuat wanita itu menukar agama dan namanya.
SRK berkata, “Saya ingat, ketika seluruh keluarga mereka yang berfikiran konservatif, tapi saya menghormati mereka semua dan menghormati kepercayaan mereka . Tetapi pada masa itu, dalam majlis resepsi itu, mereka semua duduk di sana, ketika itu saya masuk pada jam 1:15, berbisik “Hmmm .. Dia budak Muslim. Hmm .. Adakah dia akan menukar nama gadis itu? Adakah dia (Gauri) akan menjadi Muslim? “
Mengimbau kembali kejadian itu lebih jauh, SRK mengungkapkan bagaimana dia memberi reaksi terhadap hal ini dan berkata,
“Mereka semua berbicara dalam bahasa Punjabi. Pada masa itu, mata saya melihat pada jam dan berkata, ‘OK Gauri, pakai ‘burqa’ anda dan solat sekarang.’
‘Seluruh keluarga menatap kami bertanya-tanya apakah saya sudah menukar agama Gauri. Kemudian saya memberitahu mereka, “Mulai sekarang dia akan memakai burqa sepanjang masa, dia tidak akan pernah meninggalkan rumah dan namanya akan ditukar menjadi Ayesha dan dia akan seperti ini.” ”
SRK menyebut kejadian ini sangat melucukan dan menyatakan bahawa ia hadir dengan pelajaran bahawa setiap agama harus dihormati dan tidak boleh menghalangi cinta. Namun tidak dapat dinafikan, kisah cintanya dan perkahwinan selama 25 tahun terus menjadi inspirasi bagi semua orang.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.