• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Ini Adalah Versi Dunia Nyata Sosok Mowgli – Makan Rumput Dan Bersikap Seperti Haiwan

by Jash Lee
December 5, 2020
Share on Facebook

Tentu ramai yang masih tidak tahu tentang kisah hidup seorang pemuda yang berusia 21 tahun yang berasal dari Rwanda, Afrika, Zanziman Ellie. Kisah kehidupan pemuda ini sangat memilukan.

Oleh kerana penampilannya, dia sering dibuli dan diganggu oleh penduduk. Dia sering diejek olek penduduk di penempatannya.

Inilah Mowgli di versi dunia yang nyata, dan nama itu diberikan oleh ibunya sendiri.

Walaupun dia sering dihina, namun Zanziman, adalah seorang anak mukjizat kepada ibu bapanya. Ini kerana lima orang anak mereka telah meninggal secara berturut-turut. Oleh sebab itu, mereka selalu memohon kepada Tuhan agar dikurniakan anak lagi. Apa yang paling menyedihkan, pasangan ini telah menyatakan bahawa di dalam doa mereka bersedia untuk mempunyai anak yang tidak normal, asalkan anak mereka tidak mati.

via suara.com

Setelah sembilan bulan kemudian, doa mereka telah termakbul dan lahirlah seorang putera yang diberi nama Zanziman Ellie. Namun kelahiran Zanziman ternyata tidak normal, dia menghidap microcephaly, iaitu dilahirkan dengan kepala yang lebih kecil daripada kebiasaan dan keadaan ini sangat jarang berlaku dan Zanziman juga tidak boleh bertutur.

Menurut ibunya, Zanziman sering dibuli kerana kedaan fizikalnya dan menyebabkan dia sering melarikan diri ke dalam hutan. Zanziman juga mampu berlari dan memanjat pokok dengan cepat.

via thesun.co.uk

Hebatnya, Zanziman tidak pernah bersekolah dan setiap hari dia akan menghabiskan masanya berjam-jam di dalam hutan. Kadang-kadang dalam seminggu, dia dapat menjelajah hutan sejauh 230 km dan hanya memakan rumput sepanjang berada di sana.

“Saya harus mengiringinya seperti binatang dan harus keluar pada waktu malam hanya untuk membawanya pulang.” Kata Ibunya.

Ibunya sering membawa tali dan menuju ke hutan, dia seolah-olah mencari sesuatu tetapi bukan haiwan buruan atau binatang peliharaan malahan apa yang dicari ternyata adalah anaknya sendiri. Ibunya sendiri keliru dengan kelakuan Zanziman yang kerap memburu pisang dan buah-buahan di hutan dan kadang-kadang dia akan makan rumput. Ini adalah kerana dia tidak suka akan makanan yang dimakan oleh manusia normal.

Ibunya sering merasa sediah apabila anaknya tidak pernah dilayan seperti manusia dan sering diejek sebagai ‘kera’ dan jiran-jirannya sering mengganggunya. Zanziman akan terus berlari ke hutan jika bertemu dengan mereka. Ibunya berkata, “ini sesuatu yang menyakitkan, ketika anak saya pergi dan kembali, sering dipukul, mereka meneriak dan memanggil anak saya dengan panggilan monyet, saya sangat sedih apabila anak saya dihina.”

via suara.com

Menurut ibunya lagi, walaupun Zanziman tidak boleh bercakap, namun dia dapat memahami semua arahan yang diberikan kepadanya. Ibunya cuba menunjukkan contoh kepada kru media yang mengunjunginya untuk menyuruh Zanziman mengambil tong sampah di tanah dan arahan itu dilakukan oleh Zanziman dengan mudah dan pantas. “Ini cukup untuk membuktikan bahawa dia memahami apa yang kamu katakan.” kata salah seorang wartawan.

via suara.com

Savvannah News telah melaporkan bahawa keadaan Zanziman menjadi lebih parah adalah apabila dia selalu diejek oleh penduduk di situ. “Dia mungkin sebenarnya tidak suka untuk hidup di dalam hutan, tetapi dia terpaksa melakukannya bagi menghindari dari orang yang sering menghinanya.” 

Satu dana telah dibuat di GoFundMe bagi membantu ibu Zanziman menyara kehidupan keluarganya.

sosokmowgli versidunianyata makanrumput perangaisepertihaiwan afrika
https://lomp.at/dqejs
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Ai-Generated
LifeXplore

Keindahan Seni Bina Islam: 5 Masjid Ikonik di Malaysia

by Farah Fatihah
December 28, 2025

Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang memukau, malah turut memiliki deretan masjid yang indah...

Read moreDetails
Destinasi

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

by Phic ARMAN
October 28, 2025

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di...

Read moreDetails
via Flickr
LifeXplore

Bukan Sekadar Laut Biru, Ini Pilhan Makanan Terengganu Paling Sedap Dinikmati Di Pantai

by Iffah Najwa
January 1, 2026

Keindahan pantai di Terengganu sememanya sudah perlu dipertikaikan. Dari pasir putih hingga angin laut yang mendamaikan, negeri ini menawarkan pengalaman...

Read moreDetails
via @JKKN
Budaya

Tarian Asyik Masih Wujud? Ini Warisan Seni Istana Kelantan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
December 29, 2025

Kelantan bukan hanya destinasi untuk berehat dan menjamu selera, tetapi sebuah negeri yang kaya dengan warisan seni dan budaya. Di...

Read moreDetails
AI Generated Image/Freepik
LifeXplore

Cuti Sekolah Tak Lama Lagi! Ini 5 Muzium Unik di Malaysia yang Wajib Dikunjungi

by Iffah Najwa
December 14, 2025

Malaysia, sebagai negara yang kaya dengan warisan budaya dan alam semula jadi, juga menawarkan pelbagai muzium yang unik dan luar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

  5. 5

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore