Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Rancangan ‘Ballz Talk’ Bakal Dedah Rahsia Peribadi Artis Tanah Air

by Khai Azfar
December 6, 2020
Share on Facebook

Sebuah program baharu berkonsepkan bual bicara berjudul ‘Ballz Talk’ bakal ditayangkan secara eksklusif menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube sekaligus mencetuskan fenomena nya tersendiri .

4 Selebriti Popular Diundang

Produksi D’Alphalegacy memperkenalkan pasangan pengacara Elly Arifin dan Iman Zulkarnain serta bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad serta Armada Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan.

Kongsi Kisah Peribadi 

Program ini juga turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami yang merupakan pengarah untuk musim ini. Lebih istimewa, sesi temubual eksklusif yang bersifat up close & personal menerusi program ‘Ballz Talk’ ini juga akan mengetengahkan pelbagai perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.

Rakaman program ‘Ballz Talk’ akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam mulai malam ini, 4 Disember 2020.

“Dalam usaha meluaskan lagi testimoni D’Alphalegacy sebagai ‘content creator’ di landskap media baharu dan digital, kami dengan berbesar hati membawakan perkongsian ‘up close & personal’ selebriti-selebriti tanah air menerusi program eksklusif ‘Ballz Talk”

“Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah seperti yang disangka kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan yang kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan” kata Diyana Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy (M) Sdn. Bhd menerusi kenyataan media

Iqram Menangis 

Dikhabarkan antara yang mencuri perhatian adalah sewaktu rakaman episod yang menampilkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly selaku tetamu undangan yang turut membawa kek hasil air tangan sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat.

Rakaman episod tersebut juga turut mencetuskan emosi kepada semua apabila Iqram tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terkesan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh hos berhubung perjalanan kisah hidupnya serta kecaman netizen dan masyarakat sekeliling.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ballz Talk
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara