Sebelum ini, peminat begitu teruja dengan pengumuman filem sequal Spider-Man akan datang,Spider-Man 3 (2021) yang mana bukan sahaja Tom Holland masih menggalas watak sebagai adiwira itu malah pelakon yang pernah memegang watak ini, Tobey Maguire dan Andrew Garfield juga dikhabarkan akan kembali serta kedua-duanya juga akan memegang watak Spider-Man.

Gabungan Pelakon Spider-Man 

Menariknya lagi, ‘heroin’ dan penjahat dalam filem Spider-Man terdahulu iaitu Kirsten Dunst (Mary Jane), Emma Stone (Gwen Stacy), Alfred Molina (Dr Octopus) dan Jamie Foxx (Electro) juga akan muncul dalam filem yang dijangka tayangannya pada Disember 2021.

IKLAN

Bagaimanapun ketika ini, dikhabarkan Maguire masih lagi berunding untuk kembali dalam filem terbitan Sony dan Marvel ini manakala barisan pelakon lain telah mengesahkan pembabitan mereka.

Dr Strange Kembali, Daredevil Akan Muncul?

Dalam perkembangan lain, menerusi laporan antarabangsa terdapat khabar angin yang mengatakan Charlie Cox yang memegang watak sebagai Daredevil menerusi siri Netflix juga akan tampil dalam filem Spider-Man 3.

Meskipun sekadar khabar angin, namun peminat terlebih dahulu mengharapkan ianya bakal terjadi apatah lagi pengumuman mengenai Dr Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch yang akan muncul dalam filem itu juga telah adalah benar.