• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Baju Macam Putik Kapas? Ini 6 Hal Menarik Ketika Pengumuman 12 Lagu AJL35

by Khai Azfar
December 16, 2020
Share on Facebook

Malam tadi sebanyak 12 lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL35) telah pun diumumkan yang mana menyaksikan persaingan yang cukup sengit diantara 30 buah lagu yang bertanding.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh pengacara Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35), Sherry Al-Hadad dan Haziq, pelbagai persepsi telah disuarakan oleh warganet mengenai 12 lagu tersebut selain busana yang diperagakan oleh penyanyi-penyanyi yang bertanding turut menjadi bualan.

6 Yang Menarik Mengenai Pengumuman 12 Lagu AJL35

Berikut Murai.my kongsikan singkapan yang menarik mengenai SFMM35 dan AJL35 yang akan berlangsung pada 7 Februari 2021.

12 Lagu Pelbagai Genre

Disifatkan antara yang paling sengit dalam edisi nya tersendiri, 12 lagu yang akan bertanding dalam AJL35 mempunyai pelbagai genre dan keunikannya tersendiri! Sekiranya penonton dibenarkan hadiri AJL kelak, lagu-lagu seperti Eh, Hati, Hutang semestinya bakal menggamatkan suasana.

1. Belenggu Rindu – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita
2. 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta
3. Hati – Hael Husaini
4. Semalam – Aina Abdul
5. Peluang Kedua – Hael Husaini
6. Hutang – Floor 88
7. Kau Sakiti – Amir Masdi
8. Gundah – Ernie Zakri
9. Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju
10. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
11. Eh – Zizi Kirana
12. Aku Bidadari Syurgamu – Aishah

Busana Wany Hasrita & Aina Abdul Jadi Perhatian

Selain berjaya mara ke AJL35, busana yang diperagakan oleh penyanyi Wany Hasrita dan Aina Abdul turut mencuri tumpuan ramai sehingga trending di laman Twitter.

Tampil unik, bagaimanapun terdapat usikan nakal daripada warganet yang menyamakan busana mereka dengan pelbagai benda. Jika busana Wany yang direka oleh Behati disamakan dengan putik kapas dan pakaian renang muslimah, Aina yang memakai rekaan Syamil Fazwan pula dikatakan menyerupai watak Valak dalam filem Conjuring!

Lagu Hael Husaini Paling Banyak Dalam AJL35

Hael Husaini bukan sahaja akan membawakan lagunya sendiri berjudul Hati dalam AJL35 kelak, malah lagu ciptaannya yang akan dinyanyikan oleh Wany Hasrita dan Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu juga turut tersenarai.

Melengkapkan ‘hatrik’ lagu nyanyian asal Nabila Razali, Peluang Kedua yang merupakan ciptaan Hael bersama MFMF juga akan bertanding menjadikan lagu Hael yang paling banyak dalam AJL35.

Aina Abdul Sebak

Aina Abdul kelihatan sebak ketika memberi ucapan sejurus lagunya, Semalam diumumkan antara 12 lagu yang berjaya mara ke AJL35. Sebagai info, Semalam merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aina dan ini merupakan penglibatan kedua Aina dalam AJL selepas lagu Sumpah berjaya ke AJL34 tahun lalu.

https://youtu.be/g6cA3Ql7XeE?t=6005

Penampilan Pertama 9 Penyanyi Di AJL

Siapa sangka, AJL35 bakal menyaksikan 9 penyanyi ini beraksi buat pertama kali dalam pentas AJL.

Semestinya peminat teruja untuk menantikan persembahan memukau dari Shiha Zikir, Luca Sikta, Kimy Kimo, Zizi Kirana, Amir Masdi, Floor 88, Kaka Azraff, Noki dan Tuju yang menggantikan isterinya, Locca B yang sedang berpantang anak pertama mereka.

Kemunculan Dua Penyanyi Lagenda

AJL35 bakal mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila dua penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah dan Aishah kembali dalam pentas berprestij itu. Kali terakhir Raja Pop itu bertanding dalam AJL adalah pada tahun 1999 dengan membawakan lagu Samrah Mentari. Manakala Aishah pula beraksi kali terakhir adalah pada 18 tahun lalu dengan mempertaruhkan lagu Kasihnya Balkis.

Bakal menggamitkan suasana, Jamal akan berduet bersama Wany Hasrita dalam lagu Belenggu Rindu dan Aishah akan menggantikan Dato Sri Siti Nurhaliza bagi lagu Aku Bidadari Syurgamu

YouTube video

12 Lagu AJL35ajl35
https://lomp.at/vqvh6
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Dapatkan Tiket Konsert Jessica Jung di Malaysia

by Phic ARMAN
November 13, 2025

Tahun 2026 bermula dengan penuh gemilang untuk para peminat Jessica Jung! Golden Stars di Malaysia bakal menjadi antara yang pertama...

Read more
Lokal

Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV ‘Question-“Makin Memalukan..”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap penampilan kumpulan DOLLA dalam muzik video terbaharu mereka berjudul Question yang...

Read more
by Naddy Joe
November 14, 2025
Musik

Atilia Haron Dedah Kekuatan Tersembunyi Dalam Rekah!

“Rekah” adalah karya yang sarat dengan introspeksi dan kekuatan dalaman, memperlihatkan evolusi emosi serta perjalanan seni Atilia Haron. Rekah: Cahaya...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Indonesia

Afgan Kembali Dengan Album Baharu ‘Retrospektif’-“Selepas Bertahun-Tahun Bereksperimen..”

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Retrospektif....

Read more
by Naddy Joe
November 21, 2025
Lokal

ALPHA Cipta Kejayaan Dengan Raih Lebih 22 Juta Strim & Tontonan Digital Menerusi MV ‘P Ramlee Saloma’

Kumpulan lelaki terkenal, ALPHA terus mencipta fenomena dengan kejayaan single terbaharu mereka berjudul “P Ramlee Saloma”. Dilancarkan pada 18 Julai...

Read more
by Naddy Joe
September 23, 2025
Screenshot
Indonesia

Afgan Kembali Menghiburkan Peminat Di Malaysia Menerusi Retrospektif Showcase

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Lokal

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan...

Read more
by Naddy Joe
November 3, 2025
Musik

Konsert Artis Seberang Makin Sendu? Kini Nasyid Pula Naik Takhta!

MURAI perasan satu fenomena pelik tapi menarik akhir-akhir ini. Konsert nasyid makin laku keras, siap hampir sold out! Baru-baru ini...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Indonesia

Shae Ingat Kena ‘Prank’, Ini Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza 12

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Shae akui pada mulanya menyangka dia terkena 'prank' ketika dihubungi pihak terlibat untuk tampil menjadi salah...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
#ApaPlan

Tiket Konsert Deep Purple Laku Keras, Penganjur Tambah Seat!

Nampaknya aura legenda Deep Purple masih belum pudar! Tiket konsert Deep Purple Live in Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama...

Read more
by Phic ARMAN
October 31, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore