6 Hal Yang Menarik Mengenai Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Disebalik perihal Hannah yang sememangnya diketahui ramai mempunyai wajah yang cantik serta sentiasa merendah diri, Murai.my kongsikan dengan pembaca setia kami mengenai beberapa fakta menarik mengenai 'Imam' nya.

Mesti Baca

Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah...

“Ni Namanya Clout”- Pengacara TV Anggap Perbuatan Janna Nick Melampau

Kontroversi mengenai pelakon dan pengacara Janna Nick masih hangat diperkatakan. Malah menerusi carian Murai.my terkini di laman Twitter, tanda...

Nyanyi Macam Sampah? Sharifah Shahirah Tampil Beri Penjelasan

Media sosial hari ini dipenuhi dengan perkongsian video nyanyian duet pengacara Sharifah Shahirah, 46 dan anak perempuan Tallisya. Bukan...
Khai Azfarhttps://murai.my
Writes to Express Not to Impress

Pelakon dan model, Hannah Delisha mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila berkongsi khabar gembira bahawa dirinya telah selamat diijabkabulkan dengan Imam Shah yang merupakan seorang pelakon dari Singapura.

6 Yang Menarik Mengenai Imam Shah

Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram sehingga turut trending di media sosial. Disebalik perihal Hannah yang sememangnya diketahui ramai mempunyai wajah yang cantik serta sentiasa merendah diri, Murai.my kongsikan dengan pembaca setia kami mengenai beberapa fakta menarik mengenai ‘Imam’ nya.

Sudah Kenal Selama 5 Tahun

View this post on Instagram

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

IKLAN




Benar! Menerusi laman Instagram Hannah, pelakon ini meluahkan kesyukuran selepas lima tahun perkenalan bersama Imam. Tiada pihak yang dapat menghidu hubungan mereka sehinggalah pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Pernah Berlakon Bersama

Kedua-duanya pernah berlakon bersama. Ini termasuklah gandingan di dalam drama bersiri, Saga yang ditayangkan pada tahun lalu di Mediacorp Suria, Singapura. Selain pasangan ini, Saga turut dibarisi beberapa pelakon popular lain seperti Hasnul Rahmat dan Shah Iskandar.

Mempunyai Badan Kekar

Menerusi beberapa perkongsian Imam di laman Instagram miliknya, pelakon ini dilihat mempunyai badan yang kekar. Tidak hairanlah dia dipilih melakonkan watak utama di dalam naskah yang melibatkan babak-babak aksi.

Mempunyai Pusat Kecergasan Sendiri

Gemar bersenam untuk mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan, difahamkan Imam turut mempunyai pusat kecergasan sendiri,Black Iron Fitness.

Sepupu Kepada Nadiyah Shahab

Tidak ramai yang tahu bahawa Imam merupakan sepupu kepada pelakon dan pengacara, Nadiyah Shahab. Pendedahan ini dibuat oleh Imam suatu ketika dahulu ketika kedua-duanya mengambil foto bersama di sebuah acara. Sekadar info, Nadiyah juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengasas jenama Absolut Chocolate, Ben Ali.

Idolakan Arash Mohamad Sejak Kecil

Sesuatu yang menarik untuk dikongsi, sebenarnya Imam pernah mengambil gambar bersama pelakon senior, Arash Mohamad ketika dia masih kecil. Menganggap Arash sebagai idola dan bapanya, selepas beberapa tahun kedua-duanya bertemu kembali dan sempat merakamkan foto bersama.

Terkini

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

More Articles Like This