Model sensasi, Alicia Amin telah membuat pendedahan menerusi IG Storiesnya mengenai netizen yang bercakap mengenai aurat.
Kenyataan itu dibuat selepas salah seorang peminatnya di Instagram bertanya, bagaimana jika anda menutup aurat, Allah akan lebih sayangkan anda dan ini responnya;
“Bagaimana jika saya menutup aurat tetapi saya seorang perempuan jalang, adakah Allah akan lebih menyayangi saya?”- Alicia Amin
via Instagram @hangriii
Menurut Alicia Amin, dia penat dengan orang berharap bahawa dia akan menutup aurat suatu hari nanti.
“Saya sangat bosan dengan orang seperti… ‘InsyaAllah anda akan menutup aurat suatu hari nanti okay. InsyaAllah bermaksud apabila Tuhan mengizinkannya dan jelas tuhan belum mengizinkannya lagi.”- Alicia Amin
Via Instagram @hangriii
Tambahnya, dia turut membandingkan Malaysia dengan Singapura tentang isu mengenai pemakaian tudung.
Alicia Amin turut menyatakan bahawa mereka tidak boleh meminta orang lain untuk memakai tudung jika mereka tidak mahu.
“Jika anda tidak berpuas hati dengan kes Singapura, anda tidak boleh meminta orang memakai tudung jika mereka tidak mahu.” – Alicia Amin
“Jika anda tidak menyukai orang menyuruh anda memakai tudung, anda harus mempunyai pendirian solidariti dengan wanita di Singapura yang mempunyai hak untuk berpakaian”- tambahnya lagi
via Instagram @hangriii
Sekadar info, Alicia Amin telah selamat disatukan dengan jejaka pilihannya yang juga doktor, Farzan Iqbal, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, pada Ahad , 14 Februari 2021.
Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...
Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...
Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...
Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...
Pergaduhan suami isteri bukan perkara asing dalam kehidupan berumah tangga. Namun, apabila konflik berlaku di hadapan anak-anak, sejauh mana perkara...
Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....