Friday, February 3, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dr. Say Shazril Dedahkan Bagaimana Dia Boleh Dikenakan Cukai Sehingga RM43,156

by Phic ARMAN
March 24, 2021
96
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tak terkejut apabila diarahkan untuk membuat pembayaran cukai mencecah puluhan ribu ringgit.

Apatah lagi ketika pandemik COVID-19, ramai yang mengalami masalah kewangan dan pendapatan terjejas. Nampaknya hal ini berlaku kepada personaliti TV ini.

“Berdegup kencang dada saya ibarat pertama kali bertentang mata dengan isteri sampai terduduk saya dibuatnya.”

Demikian luahan Dr. Say Shazril yang buntu memikirkan cara membayar cukai pendapatan hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Melalui akaun Instagramnya @say_shazril, dia dimaklumkan dari unit audit LHDN  mengenai cukai tertunggak  dari tahun 2016.

Tambahnya lagi, gara-gara tidak membuat e-filing sejak tahun 2016, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin diarahkan membuat pembayaran sehingga RM 43,156.

“Saya akur sebab sepanjang saya kerja kerajaan dari tahun 2016 – 2017 cukai ditolak dari gaji saya tiap-tiap bulan & saya tak pernah buat tuntutan, jadi saya ingat tak perlu dah isi e-filing tu. Tapi saya salah. Katanya kalau tak kerja pun kena isi e-filing. Salah saya kerana alpa & buta. Jadi saya tanya, apa yang perlu yang saya buat sekarang.”-katanya di ruangan kapsyen sambil menunjukkan surat dari LHDN.

Menurut Dr Say, untuk mendapatkan pelepasan cukai, dia diminta untuk mengemukan dokumen atau resit dari tahun 2016 sampai 2019, tapi malangnya dia tak terfikir untuk menyimpannya.

“Ahh sudah, sijil kahwin pun saya tak tahu kat mana inikan lagi resit. Katanya kalau tiada dokumen, sakit nak kena bayar nanti.”

Dr Say berkata, jumlah bayaran cukai yang tinggi yang mencecah puluhan ribu ringgit itu bermula dari tahun 2018 sampailah sekarang setelah dia bergelar ‘freelancer’. Walaupun dia tidak menerima gaji bulanan seperti orang lain yang bekerja tetap, namun tidak bermakna potongan cukai pendapatan dikecualikan.

“Mesti anda ingat “LHDN takkan tau lah sebab kita mungkin sebenarnya tak bekerja pun”

“Itulah yang saya ingat masa tu. Sebab tu saya tak peduli nak tahu pasal e-filing, pasal cukai sebab saya ingat di mata LHDN saya IBARAT tidak bekerja”

“Pertama kali temuduga dengan auditor , dia senaraikan aset-aset saya. Dia tau saya ada rumah sebiji, kereta sebiji, motor sebiji. Dari 3 aset ni dia simpulkan berapa pendapatan tahunan saya walaupun saya tiada slip gaji. Yelah, takkan kau ambil pinjaman banj untuk 3 aset ni tapi kau bayar pakai angin kan?” tegasnya.

Mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ke atas dirinya, Dr Say menasihat semua pengikutnya yang bekerja sebagai ‘freelancer’ supaya lebih peka dengan cukai pendapatan. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai sekarang. Segala hasil daripada kutipan cukai ini akan kembali kepada anda juga nanti.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: cukai pendapatanDr Say Shazrile-filing
Share38Tweet24SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”
Lokal

Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?
Lokal

Anggap PM Sokong Konsert Maksiat, PU Syed ‘Koyak’ Ditegur Peminat AR Rahman?

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA
Hollywood

Keanu Reeves Dihantui Lelaki Aneh, Ceroboh Masuk Rumah Siap Bawa Ujian DNA

by Phic ARMAN
February 3, 2023
Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?
Hollywood

Beyoncé Umum Senarai Negara Untuk Konsert Jelajah Dunia, Mana Malaysia?

by Phic ARMAN
February 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  3. 3

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  4. 4

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

  5. 5

    “Janji Jangan Ambil Hak Orang”- Bekas Isteri Pelawak Chot Titip Ucapan Buat Nad Zainal

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan