Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Dibandingkan Dengan ‘Fashion Show Langgar SOP’, Pawana Puteri Nusantara Dipuji!

by Khai Azfar
March 26, 2021
Share on Facebook

Semalam, Murai.my melaporkan mengenai pertunjukan fesyen raya di ibu kota yang dianjurkan oleh sebuah jenama terkenal,tular di media sosial . Rata-rata netizen mengkritik acara tersebut memandangkan terdapat segelintir tetamu dan penganjur dikatakan telah melanggar SOP.

Penganjur Dedah Langgar SOP

Malah sebuah video ucapan penganjurnya yang tanpa segan silu mendedahkan mereka sememangnya melanggar SOP turut tular dan dikecam hebat.

Dalam pada itu, netizen membandingkan pertunjukan fesyen raya yang diadakan oleh Byhisdaisy ,berkolaborasi bersama Modestro dan Khulafastudio pada minggu lalu.

Pawana Puteri Nusantara Dipuji!

Menurut netizen, acara yang diadakan oleh jenama Kebaya Sulam Labuh nombor satu di Malaysia itu bersama beberapa jenama lain wajar dipuji kerana bukan sahaja mengenakan tema yang unik, malah masih boleh mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ketika dihubungi, salah seorang pengasas bersama, Farah Amalina Dafri berkata mereka sememangnya menegaskan kepada para tetamu dan krew yang terlibat untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Farah Amalina Dafri yang merupakan salah seorang penganjur

Jelasnya, mereka enggan menimbulkan kontroversi kerana isu sedemikian (langgar SOP) akan menjatuhkan nama baik jenama serta syarikat yang baru sahaja ‘kembali bernafas’.

“Sepatutnya pertunjukan fesyen ini kami buat tahun lepas,namun disebabkan pandemik, terpaksa ditunda kepada tahun ini. Tetapi itu pun agak kelam-kabut disebabkan MCO dan sebagainya. Kami memang cuba sedaya upaya mengutamakan SOP yang MKN dah gariskan, sebab kami sendiri tak nak jatuhkan brand kami sendiri”

“Antara SOP yang dilaksanakan adalah penjarakkan fizikal, kerusi antara tetamu, pengesanan suhu walaupun kita tahu hotel pun ada sediakan di pintu masuk kita ada sediakan juga di pintu masuk utama dewan dan  pemakaian face shield sebagai alternatif ketika runway berlangsung” kata Farah kepada Murai.my

Dedah Farah lagi,pemakaian ‘face shield’ oleh para tetamu dan model hanyalah seketika sebelum ke semua mereka diwajibkan memakai topeng pelitup muka semula.

“Kami juga menghadkan jumlah tetamu mengikut peratusan yang ditetapkan MKN. Face shield ini memang kami sediakan untuk semua tetamu semasa sesi pendaftaran. Bagi pihak krew dan penganjur pula wajib memakai mask. Selesai runway itu ramai dah start pakai face mask semula. Sebelum acara berlangsung juga, kami wajibkan setiap tetamu untuk isi ‘health declaration form’. Pertama, masa tetamu RSVP kehadiran dan kedua, waktu sehari sebelum majlis”

“Tak dinafikan pemakaian face shield tak menggantikan mask tapi kami cuba sediakan alternatif sementara majlis berlangsung” katanya lagi

Dalam pada itu, Farah turut menitipkan pesanan buat penganjur acara dan pengasas jenama fesyen di luar sana untuk patuhi segala SOP yang ditetapkan.

“Kami sangat mengutamakan SOP sebab SOP is still SOP, tak kesahlah dekat mana pun, dalam apa jua keadaan, kena patuh pada new norm ini. Mungkin ada beberapa kekurangan tapi kami berikan sehabis baik demi menjayakan majlis dalam keadaan selamat dan mematuhi garis panduan ditetapkan MKN” tegasnya

Sekadar info, acara Pawana Puteri Nusantara tersebut telah memperkenalkan koleksi Raya bagi tahun 2021 di samping turut meraikan tetamu terdiri dari kalangan selebriti seperti Iman Troye dan Nadya Syahera, pengamal media sosial terkenal,blogger serta para usahawan.

Fashion Showfashion show rayalanggar sop
https://lomp.at/i82ec
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - ATiiSSU
Fesyen

ATiiSSU Tampilkan STRAY KIDS Felix Dalam Filem Kempen

by Nurul A.
April 21, 2026

Jenama fesyen perhiasan kepala, ATiiSSU mendedahkan versi penuh filem kempen pertamanya, <DESERT COWBOY COLLECTION>, yang menampilkan Stray Kids Felix. Terbentang...

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara