Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Menantu Krisdayanti Dikritik Oleh Suruhanjaya Nasional Keganasan Terhadap Wanita

by Naddy Joe
April 9, 2021
Share on Facebook

Menantu kepada Krisdayanti kembali menjadi tumpuan. Sebelum ini, dia pernah mendapat kritikan dari Suruhanjaya Nasional Mengenai Keganasan Terhadap Wanita mengenai kenyataannya yang menyatakan “suara suami adalah dari Tuhan.”

via Youtube The Hermansyah

Suara Suami Adalah Dari Tuhan

Melalui video di Youtube, Atta ditemuramah oleh Ashanty untuk Podcast content. Di pertengahan bualan, Atta menjelaskan pandangannya mengenai hubungan perkahwinan dan menyatakan bahawa dia telah membincangkan prinsip hidup selepas berkahwin dengan Aurel sebelum mereka merancang untuk berkahwin.

“Prinsip hidup saya , apabila saya mempunyai keluarga, saya adalah ketua keluarga. Tidak seperti pertunangan. Izin suami, suara suami adalah dari Tuhan”-Atta Halilintar

Atta turut meminta Aurel untuk mengikut kata Atta selepas berkahwin kerana selepas selepas berkahwin kehidupan Aurel telah diserahkan kepada Atta.

“Jadi jika saya tidak memberi izin ini dan ini, anda harus patuh. Kerana kehidupan anda telah diserahkan kepada lelaki yang bertanggungjawab untuk anda”-Atta

Disebabkan kenyataan Atta, pesuruhjaya Komnas Perempuan atau Suruhanjaya Nasional Mengenai Keganasan Terhadap Wanita, Siti Aminah, melalui wawancaranya bersama Kumparan, mengakui bahawa dia prihatin dan kecewa kerana Atta menggunakan perkahwinan dan keluarga sebagai medium untuk mengabadikan bentuk ketidakadilan jantina.

“Komnas Perempuan tentu saja prihatin dan kecewa dengan pernyataan Atta Halilintar yang bersifat patriarki dan menjadikan institusi perkahwinan atau keluarga sebagai medium untuk mengabadikan bentuk ketidakadilan jantina.” Siti Aminah

Mahukan Anak Seramai 15 Orang

Selain itu, Atta juga menjadi perhatian Komnas Perempuan disebabkan dia mahukan anak seramai 15 orang hasil perkahwinannya dengan Aurel.

“Saya mahukan isi rumah seramai 15 orang kerana mungkin saya lahir dari keluarga yang ramai. Tetapi saya bukan jenis seorang yang mempunyai dua orang anak. Pendapat saya, anak yang banyak, rezeki pun banyak.”- Atta

Siti Aminah berpendapat bahawa Atta menganggap wanita seperti kilang yang menghasilkan anak dan menyatakan bahawa wanita juga berhak untuk menentukan bila dan bilangan anak yang mereka mahukan.

Siti Aminah juga mengingatkan Atta bahawa sebagai influencer, dia harus menunjukkan contoh yang baik kerana kedudukannya sebagai public figure.

Apa komen korang?

Youtube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Spotlight

Puteri Sarah Sentuh Soal Jodoh, Kaitkan Tentang Sekufu Dari Kisah Tun M & Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Bila bercakap tentang jodoh, ramai mungkin terus fikir tentang pasangan yang boleh buat kita bahagia. Tetapi bagi pelakon Puteri Sarah...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara