• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Banyak Mengarut Dari Menyenangkan” – Lana Nordin Kecewa Dengan SOP Kedai Barang Runcit

Dia menyifatkan SOP yang ditetapkan seperti menyukarkan orang ramai mencari barang keperluan

by Khai Azfar
June 8, 2021
Share on Facebook

Bermula 1 Jun 2021, kerajaan telah menggariskan prosedur standard operasi (SOP) ‘Total Lockdown’ bagi semua premis termasuk kedai barangan runcit yang hanya membenarkan barangan keperluan asas sahaja dijual.

Kecewa Kerana Barangan Keperluan Lain Tidak Dibenarkan Dijual 

Serentak dengan pelaksanaannya, bahagian-bahagian yang tidak dibenarkan dijual telah ditutup berikutan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sekaligus membuatkan ramai kecewa termasuk buat pelakon Lana Nordin kerana ada diantara barangan-barangan tersebut amat diperlukan mereka.

Via Insta story Lana Nordin

Menerusi perkongsian di laman Instagram nya sebentar tadi, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin,41 dia menyifatkan SOP yang ditetapkan seperti menyukarkan orang ramai kerana terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

“Banyak mengarut dari menyenangkan.tak semua barang boleh beli online! Sepatutnya kedai dah bukak bagi je orang beli.Ini ada yang boleh dan ada yang tak boleh?.Ada anak-anak tak pergi sekolah bagilah bahagian stationery bukak untuk anak boleh melukis ke atau apa-apa. Takkan kalau anak aku 40sen pemadam hilang, nak kena beli online jugak? Habis semalam lampu dapur terbakar bulb kena beli online juga lah walaupun datang belum tentu masa lagi! Habis ada barang-barang bakeri yang tak boleh beli online like Aluminum foil” luah Lana

Dalam pada itu, Lana turut meluahkan rasa kecewa nya dengan kebenaran jualan barangan yang tidak perlu dan penting seperti alkohol berbanding dengan keperluan lain.

“Kalau beli online datang semua kemek pasal itu orang nak beli on hand.Tapi sampai-sampai kedai buka tapi section close? ALHOCOL boleh pulak jual? Paling sedih certain kedai puting, botol susu anak tak boleh jual.Habis nak kena beli online kalau emergency puting budak koyak, botol pecah? Memang tak masuk akal langsung! Siapa pernah jadi macam ini?? Tak bawa phone tertinggal sebab rushing lepas itu ada yang bawa data habis la or phone cable rosak atau phone rosak tak boleh on or memang tak guna smart phone langsung.How nak masuk?

Please la be reasonable dari menyusahkan dan sememangnya sekarang pun susah nak buat apa at least bagilah buka semua section sebab itu sahaja yang dapat orang beli dan tak semua org pandai beli ONLINE juga terutama orang duduk kampung dan orang yang dah berusia. #sayahampa #taklogik” katanya lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersetuju dan meluahkan rasa kecewa kerana mengalami situasi yang hampir sama dengannya. Ujar mereka, SOP yang ditetapkan juga kadang-kala berubah sehingga mengelirukan orang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

Semua Barang Di Kedai Runcit Boleh Dijual

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Malaysia Kini pada Isnin (7 Jun 20219), Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa semua barang di kedai barangan harian atau kedai runcit boleh dijual. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dalam prosedur operasi standard (SOP), telah melarang kedai menjual barang “tidak penting” tetapi MKN mengatakan telah terjadi salah faham.

"Kalau Kena Kat Darah Daging Aku..."- Lana Nordin Kecewa Dengan Pembunuh
lana nordinMalaysia lockdownSOP
https://lomp.at/c88sg
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore