Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

6 Selebriti Hollywood Terkenal Ini Yang Dulunya Adalah Atlet Yang Berjaya

by Jash Lee
July 17, 2021
Share on Facebook

Sebelum melangkah ke dunia hiburan, beberapa selebriti ini adalah merupakan atlet yang berjaya. Bermula dari atlet ahli bina badan, peninju sehinggalah atlet larian. Walaupun mereka sukses dalam memperoleh kejayaan sebagai atlet, namun ada beberapa di kalangan mereka yang memilih untuk mengubah anugerah dan jalan hidup yang dimiliki.

Pasti ramai yang mengenali mereka ini bukan? Sebut sahaja Dwayne Johnson, Caittlyn Jenner iaitu ayah kepada Kylie Jenner, mereka inilah antara beberapa artis yang dahulunya adalah seorang atlet yang sangat berjaya. Siapakah lagi selebriti yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1.Stacy Kiebler

via Ig

Stacy Kiebler adalah seorang selebriti Hollywood yang sangat berbakat dalam bidang lakonan.  Dia bukan sahaja boleh berlakon, malahan dia juga sangat pandai menari, aktif dalam pasukan sorak, pelari dan merupakan seorang model. Sepanjang menjadi atlet, Stacy telah menjadi model untuk beberapa majalah yang bertemakan kesihatan. Stacy Kiebler menjadi terkenal setelah memangi tempat ketiga dalam program ‘Dancing With The Star’.

2. Jason Statham

via Ig

Sebut sahaja nama Jason Statham, pasti ramai yang teringat lakonan hebatnya dalam filem Hollywood ‘Fast & Furious’, ‘Hobs And Shaw’ dan banyak lagi. Rupanya sebelum menceburkan dirinya dalam dunia lakonan, Jason Statham merupakan seorang atlet. Dia juga pernah bertanding sebagai anggota Pasukan Penyelam National Britain. Bahkan bukan itu sahaja, dia juga turut bertanding dalam Sukan Komanwel 1990 dan mewakili England. Setelah itu, Jason Statham telah memutuskan untuk mengubah kariernya sebagai pelakon.

Topik Berkaitan [VIDEO] "Semua Manusia Di Bumi Ini Berhak Bahagia" - Lucinta Luna Kongsi Momen Indah Bersama Kekasih

3. Dwayne Johnson

via Ig

Tahukah anda bahawa Dwayne Johnson adalah seorang pelakon Hollywood yang terkenal dengan bayaran termahal? Dia juga adalah seorang atlet untuk pasukan Miami Hurricanes. Dwayne bermain di barisan pertahanan dan merupakan sebahagian daripada skuad pemenang gelaran kebangsaan 1991. Bukan hanya itu, Dwayne Johnson juga adalah salah satu bintang terbesar WWE dengan nama komersialnya ‘The Rock’. Setelah memperoleh pelbagai kejayaan sebagai atlet, Dwayne akhirnya memutuskan untuk menjadi seorang pelakon. Siapa sangka, bakat lakonannya tidak boleh disangkal lagi dan keputusan itu adalah satu tindakan yang bijak yang menjadikan nama Dwayne Johnson kini dikenali ramai dan menjadi salah seorang pelakon yang sangat terkenal di Hollywood.

4. Matthew Fox

via Looper

Sebelum menjadi seorang pelakon yang terkenal, Matthew Fox adalah atlet bola sepak dari Columbia. Tetapi sayangnya, pada waktu itu, pasukan Matthew tidak berapa bagus. Pasukannya telah kalah sebanyak 35 kali ketika Matthew Fox masih aktif. Namun, Matthew tetap kekal bersama pasukannya selama 4 tahun walaupun pasukannya tidak mempunyai sejarah kemenangan yang baik.

5. Arnold Schwarzenegger

via ig

Bintang Hollywood terkenal, Arnold Schwarzenegger dalam filem ‘The Terminator’, dulunya adalah salah seorang atlet bina badan dan kecergasan terhebat sepanjang masa. Arnold telah memenangi banyak gelaran sebagai ahli bina badan sepanjang kariernya seperti Mr Universe, dan ketika itu usianya baru 20 tahun. Arnold Schwarzenegger juga pernah meraih tujuh kemenangan untuk gelaran ‘Mr Olympia’ sebagai ahli bina badan. Walaupun dia telah mendapat banyak pencapaian yang cemerlang sebagai atlet, Arnold akhirnya memutuskan untuk menjadi seorang pelakon. Dan kini, namanya dikenali di seluruh pelusuk dunia.

Topik Berkaitan [VIDEO] "Semua Manusia Di Bumi Ini Berhak Bahagia" - Lucinta Luna Kongsi Momen Indah Bersama Kekasih

6. Caitlyn Jenner

via ig

Ayah kepada Kylie dan Kendall Jenner, Caitlyn Jenner yang dulunya dikenali sebagai Bruce Jenner adalah seorang atlet yang sangat berjaya. Dia adalah atlet bola sepak kolej untuk ‘Graceland Yellow Jacket’ dan kemudian beralih ke latihan decathlon. Dari sana, Bruce Jenner telah meraih banyak anugerah. Pada sukan Olimpik 1976 di Montrea, Bruce Jenner telah memenangi pingat emas decathlon. Namanya juga sangat dikenali sebagai atlet pingat emas yang berjaya. Tetapi pada tahun 2015, Bruce Jenner telah mengubah identitinya sebagai wanita transgender dan juga telah menukar namanya menjadi Caitlyn Jenner.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kyliejennertransgender
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara