• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Siti Sarah Sempat Tunai Ibadah Korban Di Gaza, Ingin Bayar Sewa Rumah Fakir Miskin

Pelbagai perkongsian telah dibuat mengenai kenangan dan kebaikan yang telah dibuat oleh Allahyarhamah.

by Khai Azfar
August 9, 2021
Share on Facebook

Pemergian yang dicemburui. Itulah yang boleh disifatkan mengenai berita pemergian penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Ramai Kongsi Kebaikan Allahyarhamah 

Sejak beberapa hari yang lalu, susur masa sosial media dipenuhi doa buat pelantun Terakhir Buat Teman ini yang menyentuh perasaan orang ramai berikutan bertarung nyawa melawan penyakit COVID-19 yang dihadapinya.Malah harini, pelbagai perkongsian telah dibuat oleh rakan-rakan selebriti, kenalan dan peminat yang berkongsi kenangan dan kebaikan yang telah dibuat oleh Allahyarhamah.

Buat Korban Di Gaza 

Antaranya rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri mendedahkan Sarah sempat menghubunginya sebelum sambutan Aidiladha baru-baru ini. Menurut Nadir, isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib itu telah meluahkan hasratnya untuk mengorbankan seekor lembu di Gaza bagi tujuan ibadah korban dan sedekah untuk penduduk berhampiran sana.

“Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza.

“Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

“Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” tulis Nadir

Dalam pada itu, Nadir turut berkata pada awalnya Sarah meminta agar sedekahnya itu tidak didedahkan pada umum. Namun, selepas mengambil nasihatnya utuk mengajar orang ramai membuat korban di sana Sarah bersetuju untuk berbuat demikian.

“Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang korban di sana.

“Saya izinkan… kita doa sama-sama moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan juga Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat,” balas Sarah dalam mesejnya bersama Nadir

View this post on Instagram

A post shared by Nadir Al-Nuri (@nadiralnuri)

Mahu Bayar Sewa Rumah Anak-Anak Yatim 

Bagi pendakwah bebas terkena Ustaz Ebit Lew pula, Sarah pernah menghantar kiriman mesej kepadanya memohon untuk turut sama menghulurkan bantuan. Dedah Ebit, Sarah ingin membayar sewa rumah anak-anak yatim serta mereka yang berada dalam kesempitan wang.

Selain itu, sepanjang hayatnya juga Sarah sering kali menghulurkan bantuan dan membuat pelbagai kerja amal buat mereka yang memerlukan. Sejak awal pagi, nama Allahyarhamah trending di media sosial dengan pelbagai ucapan serta doa yang dititipkan buatnya. Sebagai info, Sarah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

belasungkawasiti sarahsiti sarah meninggal dunia
https://lomp.at/apepo
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore