Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Positifnya! Ini Reaksi Netizen Selepas Ditegur Oleh Shuib Pasal Isu Agungkan BLACKPINK & BTS

by Puteri Alia
August 11, 2021
Share on Facebook

Tular di media sosial bila mana orang ramai khususnya peminat Kpop, berasa terdiam tatkala mendengar teguran yang diberikan oleh Shuib pada 9 Ogos 2021 baru ini.

Dalam video Instagram Live yang dirakam Shuib mengandungi bukan saja kisah Allahyarham isteri tercinta, tetapi juga memberi kesedaran mengenai pentingnya pengambilan vaksin dan juga menyentuh serba sedikit industri hiburan Kpop.

YouTube video

“Marah anak kita kalau mengagungkan BTS, Blackpink. Minta maaf cakap.

Minta maaf cakap. Kalau ada apa, ARMY apa semua, saya minta maaf cakap.

Bukan itu yang patut kita idolakan. Terang nyata lagi bersuluh siapa yang kita idolakan, manusia paling mulia dalam dunia ini. Allah itu Maha Bijak, Maha Segalanya. Allah turunkan Nabi Muhammad SAW.

Kita ini umat Nabi Muhammad SAW.

Allah turunkan Nabi Muhammad SAW, dia dah bagi contoh dah. Apa yang kita susah sangat tak reti. Kenapa yang nak di idolakan Blackpink, BTS. Dapat apa?

Pahala pun tak dapat.” Ucap Shuib

Rata-Rata Netizen Terima Baik Teguran Shuib

Apa yang cuba disampaikan Shuib adalah untuk memberi kesedaran buat orang ramai, agar tidak mengagungkan atau mengidolakan selebriti hingga keterlaluan. Dan rata-rata ramai yang dapat menerima baik teguran yang diberikan Shuib mengenai isu Kpop ini.

“Kalau awak ni tak boleh nak terima teguran, cuba senyap je lah tak payah nak gelabah kat sini. Shuib tegur elok kot. Nak minat ikut suka kau lah, sekurangnya jangan sampai taksub. Ingat, kita ada agama jadi fahamkan dan fikirkanlah” ciap pengguna pertama

“Apa Shuib katakan tentang Kpop adalah betul, kita boleh minat tapi jangan sampai kita lupa Allah kerana selepas kita mati mereka tidak boleh selamatkan kita dari api neraka. Tapi amal dan ibadah kita yang akan selamatkan kita” ciap pengguna kedua

Foto – Twitter

Selain itu, ramai juga warganet yang juga merupakan peminat Kpop mengakui teguran yang dikatakan pelawak tersebut adalah benar dan memahaminya apa yang cuba disampaikan oleh Shuib.

“Aku pun layan lagu Korea, drama dan idol. Aku tak ada bias idol sebab aku ni ‘multi fandom’ tapi nasihat Shuib bukan saja tertumpu pada Kpop, tapi apa saja hiburan.

Ya manusia perlukan hiburan tapi jangan sampai mengidolakan. Bahkan tinggalkan muzik itu lebih afdal” ciap pengguna ketiga

“Shuib sebut dua kumpulan tu sebab kalau cerita pasal Kpop je mesti dua nama kumpulan tu yang naik sebab dia orang terkenal. Selain itu, dia guna nama mereka sebagai contoh sahaja” ciap pengguna keempat

Foto – Twitter

Bukan itu saja, warganet juga melihat teguran yang diberikan itu adalah sekadar mengingatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam terhadap siapa yang harus di idolakan.

[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"

Apatah lagi, ianya adalah nasihat sebagai saudara Muslim kepada saudara seIslam yang lain.

“Dia maksudkan semua, tak kira Kpop ke Mat Saleh ke, Melayu ke apa. Tak kan dia nak kena senaraikan satu-satu kan.. Jadi ambillah sebagai peringatan untuk kita semua. Terima kasih Shuib!” ciap pengguna kelima

“Maksud Shuib, dia suruh mengidolakan Nabi kita, itu yang sepatutnya.. Bukan tak boleh minat lagu dia orang atau benda lain. Shuib cuma beri nasihat dan peringatan untuk kita semua sebagai Muslim.

Yang melalak tu nampak sangat dia taksub. Kalau tak taksub, tak kan melalak sampai macam tu” ciap pengguna keenam

Foto – Twitter

Bagi yang terima teguran Alhamdulillah, mana kala yang tidak dapat menerimanya sebaik-baiknya diamlah daripada berkongsi kata-kata yang negatif.

Idolakpopnabi muhammad sawShuib Sepahtu
https://lomp.at/c97yl
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore