Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

PU Syed Dedah Sudah Puas Tegur Kak KM, Kini Hanya Mampu Berdoa

Ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini

by Puteri Alia
October 4, 2021
Foto - Instagram @kmfavourite.testimoni

Foto - Instagram @kmfavourite.testimoni

Share on Facebook

Selepas kerap disebut (tag) oleh seorang pengguna media sosial di laman Instagram pada akaun anak pelakon veteran Normah Damanhuri yang dikenali sebagai Kak KM, Pencetus Ummah(PU)  Syed meluahkan dirinya sudah puas menasihati wanita tersebut dan kini hanya mampu berdoa buatnya.

Suami Dan Ahli Keluarga Wajib Tegur

Kontroversi mengenai Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli sudah tidak asing lagi di Malaysia, penampilannya yang seksi sering menjadi bualan hangat orang ramai apatah lagi usahawan tersebut kini sedang sarat berbadan dua.

Untuk rekod, ramai pihak sudah memberi teguran dan menasihatinya termasuklah pendakwah terkenal ini namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.

PU Syed juga meluahkan, seharusnya suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Untuk maklumanmu, @duniaakhirzamankita ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni. Namun tiada hasil.. Kita hanya mampu doa.. Moga dia sedar..

Tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain.. Kecuali mahramnya sahaja

Jika dia ada suami.. Maka suaminyalah yang perlu tegur dan jika tak ditegur.. Berdosalah dia.. Bahkan dayus! Tetapi jika dia tiada suami.. ibu ayahnya.. Adik-beradiknya wajib menegur beliau..” tegas PU Syed

Selain itu, PU Syed turut menyentuh soal perniagaannya di mana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa pasti akan memiliki rezeki yang tidak berkat.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja.. Celaka di akhirat adalah yang paling sengsara.. Berniaga dengan cara dosa.. Maka rezekimu tidak berkat.. Bahkan mendatangkan dosa.” katanya lagi

Mahu Pihak Berwajib Kuatkuasa Pemakaian Patuh Syariat

Menyentuh soal pemakaian seksi Kak KM, pendakwah bebas ini berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

PU Syed Tegur Penampilan Seksi DOLLA Di Latihan Pestapora 2025- -"Mereka Sudah Menunjukkan Contoh Yang Buruk..."

Ini adalah kerana di Malaysia, dosa mendedahkan aurat dirasakan ‘normal’ dalam diri masyarakat Muslim dan disifatkan menormalisasikan dosa seperti ini sangat merbahaya.

Foto – Instagram @kmfavourite.testimoni

“Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.. Gubal undang-undang agar boleh saman atau penjarakan mereka yang mendedahkan aurat dikhalayak!!

Walaupun tak ada hukuman hudud dalam isu ini.. Namun takzir masih wujud.. Kerana menjaga maslahah.. Namun apa yang pasti..

Mendedahkan aurat adalah salah satu perbuatan dosa yang terasa ‘normal’ sahaja bila dilakukan.. Inilah normalisasikan dosa yang sangat berbahaya..” ujarnya

Netizen Setuju Dengan Cadangan PU Syed

Melihat hantaran pendakwah tersebut di Instagram, ramai yang bersetuju dengan pandangan PU Syed agar kerajaan dapat menggubal semula undang-undang dan menguatkuasakan pemakaian patuh syariat di hadapan umum.

Foto – Instagram @pusyed_official

“Iya! Saya sokong agar pihak berwajib kuatkuasakan pemakaian patuh syariat di tempat umum iaitu di khalayak ramai terutamanya.”

“Saya sokong perenggan ke-4.. Kerajaan patutnya kuasakan pemakaian patuh syariat.. Jangan melampau sangat dalam membuka aurat, seolah-olah macam bukan orang Islam lagaknya.”

“Harap negeri lain dapat ikut contoh negeri Kelantan….. Setiap wanita wajib bertudung….” komen mereka

Apa pandangan anda tentang isu ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kak kmliana rosliPU Syed
https://lomp.at/ptos5
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara