Saturday, March 25, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Entertainment

Wajah Sebenar Disebalik Filem Seram Hollywood

by Ameerul K
December 11, 2021
515
KONGSIAN
Share on Facebook

Mesti ramai yang masih tidak tahu wajah siapakah gerangan pemilik sebenar untuk filem-filem seram Hollywood yang sering kita tonton. Malahan, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah agaknya rupa sebenar mereka bukan?

Apa yang penting, selebriti hebat ini sebenarnya mampu membuat kita semua merasa seram sejuk dan ketakutan apabila menonton filem hebat lakonan mereka.  Ramai yang teruja dan ingin tahu bagaimanakan wajah sebenar mereka disebalik watak seram yang mereka bawakan. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Valak – Bonnie Arrons (The Conjuring 2)

via blogspot.com

Wajah di sebalik watak Valak dalam filem ‘The Conjuring 2’ ini adalah milik Bonnie Aarons. Karakter Valak dalam filem ini juga mampu membuatkan ramai yang tidak dapat tidur lena. Ramai juga yang memuji kehebatan jurusolek yang menata rias karakter Valak sehinggakan ia ternampak sangat real. 

2. Jason Voorhees – Ari Lehman (Friday The 13th)

via veralands.com

Karakter Jason Voorhees yang dibawakan oleh Ari Lehman dalam filem ‘Friday The 13th’ ini memberi kesan yang mendalam di hati penonton. Ari Lehman dikatakan sangat memenuhi kriteria yang dicari untuk watak ini.

3. Freddy Krueger – Robert Englund (A Nightmare On Elm Street)

via blogpost.com

“One, Two, Freddie’s coming for you.” Watak sebagai seorang pembunuh bersiri di dalam filem ‘A Nightmare On Elm Street’ yang dibawakan oleh Robert Englund ini telah melonjakkan namanya di dalam dunia perfileman Hollywood.

4. Samara – Daveigh Chase (The Ring)

via circolare.com.dr

Wanita yang baru berusia 26 tahun ini adalah pemilik wajah sebenar bagi watak Samara dalam filem ‘The Ring’. Mesti rmai yang masih ingat bagaimana karakter wanita ini mampu membuatkan penonton menjerit  ketakutan dimana babak dia yang memanjat keluar dari kaca televisyen.

Daveigh Chase juga telah berjaya membintangi banyak filem dan rancangan TV yang lain termasuk Donnie Darko, Charmed dan ER.

5. Leatherface – Andrew Bryniarski (The Texas Chainsaw Massacre: The Beginning)

via nickiswift.com

Andrew Bryniarski merupakan salah seorang daripada 7 pelakon yang telah berjaya membawakan watak sebagai Leatherface dalam filem ini. Pelakon ini juga banyak terlibat dalam rancangan televisyen dan kini dia aktif dalam aktiviti membina badan.

6. John Kramer – Tobin Bell (Saw)

via Pillpack

Karakternya dalam filem ini telah berjaya menaikkan nama Tobin Bell di dalam industri perfileman Hollywood. Selain dari filem ‘Saw’, dia juga banyak membintangi rancangan popular lain seperti ‘The X-Files’, ‘ER’ dan ‘Walker Texas Ranger’.

7. Michael Myers – Nick Castle (Halloween)

via Pinterest

Watak Michael Myers dalam filem ‘Halloween’ yang dibawakan oleh Nick Castle telah berjaya menaikkan namanya di persada perfileman Hollywood. Setelah sekian lama dia menyepi dari dunia seni, akhirnya dia kembali dan mula mengarah serta menulis skrip untuk filem terbitannya sendiri.

8. Leprechaun – Warwick Davis (Leprechaun)

via viraltytoday.com

Leprechaun adalah antara pelakon kerdil yang paling popular di Hollywood dengan ketinggian hanya 107 sentimeter. Dengan penampilan dan bakat lakonan yang baik, Warwick Davis telah menerima banyak tawaran dan watak yang penting dalam filem-filem hebat seperti ‘Leprechaun’, ‘Harry Potter’ dan ‘ Star Wars’.

9. Pennywise – Tim Curry (It)

via Pinterest

Ini adalah antara salah satu filem seram yang popular dan masih membuatkan kita teringat-ingat. Ramai yang merasa fobia dengan badut selepas menonton filem ini, Tim Curry mampu membawakan watak sebagai Pennywise dengan begitu baik sekali. Untuk pengetahuan pembaca, selain berlakon, Tim Curry juga merupakan seorang penyanyi dan komposer muzik.

Beberapa tahun lalu, Tim Curry telah jatuh sakit sehingga terpaksa berkerusi roda. Namun dia tetap meneruskan kerjayanya dalam industri seni sebagai pencipta dan penulis lagu.

10. Pinhead – Doug Bradley (Hellraiser)

via Hollywood.Com

Doug Bradley antara pelakon yang banyak memainkan peranan dalam filem-filem seram. Walaupun dia sering membintangi filem dari genre yang berlainan, namun untuk filem ‘Hellraiser’, Doug berjaya menambat hati penonton dan susah untuk melupakan karakternya sebagai Pinhead.

Itulah antara 10 wajah sebenar untuk watak-watak dalam filem seram yang dapat kami kongsikan bersama pembaca setia murai.my. Selamat berhujung minggu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: wajahsebenarwatakseram
Share206Tweet129SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Juara ‘I Can See Your Voice’, Hariz Daniel Hadir Dengan HUKUM
Entertainment

Juara ‘I Can See Your Voice’, Hariz Daniel Hadir Dengan HUKUM

by Aphit J.
January 14, 2023
TV Alhijrah Menang Anugerah Pesanan Khidmat Awam Terbaik SKMM
Entertainment

TV Alhijrah Menang Anugerah Pesanan Khidmat Awam Terbaik SKMM

by Aphit J.
December 31, 2022
Tahniah! Syahadah Menang Kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Di Festival Filem Dunia Cannes
Entertainment

Tahniah! Syahadah Menang Kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik, Di Festival Filem Dunia Cannes

by Aphit J.
December 31, 2022
Peminat Drama Turki Jom Saksikan “Cocuk” Di TV2
Entertainment

Peminat Drama Turki Jom Saksikan “Cocuk” Di TV2

by Aphit J.
December 24, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan