Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Dukacita Dengan Kes Buli, Tengku Hassanal Dedah Pernah Jadi Mangsa

Baginda mahu pelajar-pelajar sekolah untuk berhentikan gejala buli

by Khai Azfar
December 15, 2021
Share on Facebook

Ketika negara digemparkan dengan beberapa kes buli melibatkan pelajar sekolah, perihal tersebut turut mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tengku Hassanal Dukacita

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS), baginda menzahirkan rasa dukacita atas isu tersebut yang turut berlaku di Pahang. Titah Tengku Hassanal, baginda mahu pelajar-pelajar sekolah untuk berhentikan gejala buli serta berbuat baik sesama mereka.

“Saya dapat tahu ada kes buli di negeri saya. Saya dukacita dan kesal. Saya nasihatkan semua untuk sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan,” tulis Tengku Hassanal

Pernah Jadi Mangsa Buli 

Dalam hantaran susulan, baginda turut mendedahkan pernah menjadi menjadi mangsa buli ketika berada di luar negara.

“Dulu saya pun pernah dibuli orang asing semasa di luar negara. Dan saya amat sedih apabila rakyat saya sendiri bergaduh.

“Kepada pelajar-pelajar sekolah semua di Pahang, tolong jangan bergaduh dan jangan pukul orang!” titah baginda

Susulan itu, Tengku Hassanal juga meminta kes tersebut ditangani dengan segera oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

“Saya meminta semua pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan,” pesan Putera Raja Pahang ini lagi

Minggu lalu, negara digemparkan dengan kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak yang memaparkan beberapa orang pelajar menumbuk perut seorang pelajar lain. Justeru itu, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian 10 pelajar maktab berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli tersebut serta merta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  3. 3

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  4. 4

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  5. 5

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara