Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Syafeek & Zazo Juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga!

Kesemua finalis turut mempunyai sebuah lagu baharu.

by Khai Azfar
December 27, 2021
Share on Facebook

Program ‘hybrid music dating’, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga (LCK3) melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Syafeek & Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) dinobatkan sebagai juara.

Bawa Pulang Wang Tunai RM50,000

Diadakan secara langsung dari Studio 1, Glenmarie Shah Alam pada malam Ahad, dengan kemenangan tersebut, Syafeek & Zazo membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai berjumlah RM 50,000 serta barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.

Naib juara menjadi milik Hariz & Wanie (Fadli Hariz dan Norwanie) yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.

Mereka juga memenangi Flavettes Glamz Couple Award dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasya & Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.

Bagi Achik & Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul) di kedudukan tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 15,000 dan barangan hamper tajaan FLAVETTES NUTRISKINCARE & NIVEA.

Persembahkan Lagu Baharu 

Sebagai info, tema bagi persembahan pentas akhir adalah ‘Lagu Cinta Kita’ dan para finalis perlu mempersembahkan dua buah lagu, sebuah ‘cover lagu’ dan sebuah lagu baharu. Ini merupakan kali pertama para finalis program LCK memiliki sebuah single dan ia sudah mula diperdengarkan di radio Hot FM sejak minggu lalu. Manakala, video muzik bagi keempat-empat lagu tersebut kini dapat disaksikan di Youtube TV3Malaysia Official.

YouTube video

Pentas akhir LCK3 dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee, manakala Hael Husaini hadir sebagai juri jemputan di samping juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Selain itu,penyanyi Aina Abdul dan Hael Husaini turut mempersembahkan lagu istimewa berjudul ‘Manusia Kuat’ oleh Tulus.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Lagu Cinta Kita Musim 3syafeek ikhwan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara