Sunday, June 29, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Ini 3 Penyebab Sudu Dan Garpu Mudah Berkarat. Bagaimana Nak Elak?

by Amirul Fikry
January 2, 2021
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Hampir semua orang makan dengan menggunakan sudu dan garpu. Sementara yang lain terutamanya di Rantau Asia Timur akan menggunakan ‘chopstik’. Secara amnya, sudu dan garpu atau ‘chopstick’ yang digunakan kebiasaannya diperbuat daripada keluli tahan karat. Namun, pada hakikatnya sudu dan garpu adalah barangan yang mudah berkarat. Walaupun ianya diperbuat daripada keluli tahan karat, sudu dan garpu tidak terjamin 100 peratus akan bebas dari karat.

Berikut adalah beberapa sebabnya. Jom kita tengok!

Alatan Tahan Karat Mempunyai Komposisi Yang Berbeza

via sharinngcontent.com

Semasa berbelanja di pusat membeli belah atau pasar raya, anda akan sering melihat tulisan ‘tahan karat’ yang akan ditulis di bahagian belakang sudu, garpu atau chopstik. Tulisan di belakang ini bertujuan untuk memberitahu bahawa bahan yang digunakan adalah dari keluli tahan karat. Walau bagaimanapun, komposisi keluli tahan karat yang digunakan mempunyai tahap yang berbeza-beza.

Contohnya, sudu dan garpu dengan komposisi 18/10, yang bermaksud ianya mengandungi 18 peratus kromium dan 10 peratus nikel. Atau ada juga contoh lain seperti 18/8 yang bermaksud 18 peratus kromium dan 8 peratus nikel.

Sudu dan garpu yang mudah berkarat adalah salah satu sebabnya kerana komposisi nikel yang terlalu sedikit. Atau dengan kata lain, semakin banyak tinggi kandungan bahan nikel, semakin lama tempoh tahan karat.

Langkah pertama yang perlu anda ambil tahu sebelum anda ingin membeli sudu dan garpu adalah dengan mencari bahan asas dari nikel yang lebih tinggi.

Jenis Bahan Pencuci Yang Digunakan

via blog.cocimia.com

Walaupun dengan komposisi nikel yang lebih tinggi, namun bahan pencuci yang digunakan juga boleh menjadi penyebab sudu dan garpu mudah menjadi karat. Ternyata ia masih belum sepenuhnya dijamin bebas karat. Sebabnya tahap karat atau tidak sudu dan garpu itu adalah bergantung juga dengan bagaimana cara kita menjaganya.

Salah satu perkara yang boleh menyebabkan bahan keluli tahan karat ini adalah pencuci pinggan mangkuk. Dengan kekerapan penggunaan sabun pencuci pinggan dari masa ke semasa juga adalah boleh menjadi sebab sudu dan garpu pasti akan berkarat.

Membiarkan Sudu Dan Garpu Di Dalam Sinki Terlalu Lama

via siraplimau.com

Jika alatan ini dibiarkan didalam sinki terlalu lama dan basah, asid dan sisa makanan boleh menghakis permukaan dan boleh menyebabkan sudu atau garpu lebih mudah berkarat dan berlubang. Begitu juga jika sudu dan garpu yang telah dicuci tidak dikeringkan atau dibiarkan ia kering sendiri di rak pinggan.

Untuk mengelakkan alatan ini dari mudah berkarat, anda harus mencuci setelah digunakan dan segera dikeringkan. Ini bagi memastikan sudu dan garpu akan tahan lebih lama dan tidak berkarat dengan penjagaan yang baik. Cara penyimpanan alatan ini juga memainkan peranan, anda boleh menyimpannya secara berasingan dari alatan yang lain. Ini juga dapat mengelakkan dari calar akibat geseran dengan alatan lain.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
sudu garpu mudahberkarat
https://lomp.at/ahqg9
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem