Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Serum – Manfaat, Jenis, Bahan Dan Cara Penggunaan Yang Betul

by Jash Lee
January 9, 2021
Share on Facebook

Bagi sebilangan wanita moden, serum bukan lagi satu perkara asing. Bahkan mungkin telah menjadi rutin yang wajib untuk kecantikan seharian. Walaupun sudah biasa, adakah anda pasti mengenai jenis dan kandungan yang terdapat pada serum? Dan apakah cara yang betul untuk menggunakannya?

Seperti yang dilaporkan oleh laman web Boldsky, mari kita pelajari beberapa perkara yang penting mengenai serum. Peminat kecantikan mesti ramai yang nak ambil tahu bukan? Jom!

Apa Itu Serum?

via skincare

Serum adalah sejenis cecair yang diperkaya dengan bahan aktif seperti antioksidan dan peptida yang mampu meresap ke dalam kulit untuk kesihatan dan kesegaran kulit. Produk serum lebih ringan dengan hanya satu atau dua pam sahaja sudah cukup untuk digunakan dan disapu di seluruh wajah.

Tekstur ringannya menjadikan serum diserap oleh kulit dengan pantas. Kadar penyerapan pastinya lebih baik daripada produk penjagaan kulit dengan konsistensi tebal seperti krim pelembap. Kualiti serum juga menjadikannya produk ini sangat ideal untuk menangani masalah kulit tertentu seperti jerawat, kulit kering dan penuaan pramatang.

Jenis Serum

via irsyadi.com

Terdapat banyak jenis serum yang dijual di pasaran untuk pelbagai jenis masalah kulit. Serum yang asalnya berasaskan air tetapi sekarang ini sudah ada yang berasaskan minyak. Ini bermaksud serum tidak hanya untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, tetapi juga untuk jenis kulit yang berminyak.

Manfaat Serum

via hallomoms.com

Serum ini bukan sahaja mengandungi bahan aktif yang diperlukan untuk kulit tetapi juga dapat meningkatkan kecekapan produk penjagaan kulit yang lain setelah menggunakan serum.

Berikut adalah beberapa kelebihan utama serum:

  • Mampu melawan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan.
  • Dapat membersihkan pori-pori kulit.
  • Membuatkan kulit lebih ringan dan bercahaya.
  • Membantu kulit agar sentiasa terhidrat.
  • Melindungi kulit dari kerosakan akibat dari sinaran cahaya matahari.
  • Dapat meremajakan kulit wajah.

Cara Penggunaan Serum Yang Betul

via moiamor.com

Semua orang pasti mahukan kulit yang cerah tanpa cela dengan cepat? Mencuci muka dan menggunakan krim muka sahaja pasti tidak mencukupi.

Serum adalah langkah kelima dalam rutin penjagaan kulit selepas langkah pembersihan, penyegar, pengelupasan dan essence. Semasa menggunakan produk penjagaan kulit, perkara yang perlu diingat adalah dimulakan dengan formula yang paling ringan ke yang paling tebal.

Berikut adalah cara menggunakan serum dengan betul untuk hasil yang maksimum:

  • Pamkan satu atau dua titis serum di telapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah.
  • Gosokkan serum ke kulit anda dengan gerakan melingkar dengan menggunakan hujung jari dengan lembut.
  • Tepuk kulit wajah dengan lembut agar serum dapat menyerap dengan lebih cepat.
  • Kemudian, teruskan dengan produk penjagaan kulit yang lain.

Perbezaan Antara Serum Dan Essence

via wykop.pl

Tekstur essence adalah kurang pekat dan lebih ringan berbanding serum. Sementara essence pada dasarnya berfungsi untuk melembapkan kulit, sementara serum lebih kepada merawat masalah kulit seperti garis halus dan kedutan dan serum juga dapat memberikan kulit yang lebih kenyal dan segar. Anda boleh memilih salah satu daripadanya atau dengan menggunakan kedua-duanya sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.

Berapa Kerapkan Anda Harus Menggunakan Serum?

Serum boleh digunakan dua kali sehari dalam rutin penjagaan kulit iaitu pada waktu pagi dan yang kedua pada waktu malam. Namun, jika anda tidak melakukan rutin penjagaan kulit pada waktu malam, menggunakannya hanya pada waktu pagi juga sudah cukup untuk menunjukkan hasil yang baik.

rawatanwajah kecantikan serum penggunaanyangbetul manfaatserum
https://lomp.at/tlhag
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara