Sebelum ini, tular mengenai khabar angin bahawa pelakon-pelakon filem Spider Man terdahulu seperti Andrew Garfield, Toby Maguire, Emma Stone dan Kirsten Dunst akan kembali membintangi sekual Spider Man 3 yang turut dibintangi Tom Holland.

Emma Stone Hamil?

Bagaimanapun, khabar terbaru mengatakan Stone yang dijadualkan membintangi filem Damien Chazelle’s Babylon telah menarik diri daripada penggambaran tersebut berikutan dia dikatakan sedang hamil. Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada Stone namun beberapa jurugambar berjaya mengambil gambar Stone bersama suaminya, Dave McCary yang mana pelakon itu seperti kelihatan hamil.

IKLAN

Mungkin Masih Kekal 

Namun begitu, peminat mendakwa berkemungkinan Stone yang memegang watak sebagai Gwen Stacy sebelum ini masih akan kekal dalam penggambaran filem Spider Man 3 memandangkan adegan yang bakal dijayakannya hanya melibatkan sedikit masa malah pihak produksi juga boleh menunggu sehingga Stone melahirkan anaknya. Dikhabarkan Spider-Man 3 akan ditayangkan pada 17 Disember 2021.