Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

AJL35 Diadakan Tanpa Kehadiran Penonton Pertama Kali Dalam Sejarah!

by Khai Azfar
January 11, 2021
Share on Facebook

Setelah selama empat edisi Anugerah Juara Lagu (AJL) diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur, bagi AJL35 yang akan diadakan pada 7 Februari hadapan bakal menyaksikan acara yang berprestij ini ‘kembali’ diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam selepas kali terakhir diadakan di lokasi tersebut pada tahun 2001 bagi AJL yang ke-16.

Tanpa Kehadiran Penonton

Malah buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, AJL kali ini juga bakal diadakan dalam norma baharu yang mana menyaksikan tanpa kehadiran penonton bagi menghormati saranan kerajaan dalam mematuhi prosedur-prosedur (SOP) yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

Finalis Diberikan ‘AkuJanji’

Dalam pada itu juga, bagi mengelakkan kontroversi dalam persembahan seperti tahun lepas, kesemua finalis bagi 12 persembahan AJL35 akan diberikan surat akujanji dan wajib menandatanganinya.

AJL35 menampilkan pengacara berpengalaman Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari sebagai pengacara utama, manakala Sissy Imann dan Shuk Sahar akan menggalas tugas sebagai pengacara di karpet merah yang kini dinamakan ‘Lounge AJL35’. Program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada pukul 8.30 malam, Ahad, 7 Februari 2021.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ajl35
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara