Larangan  merentas negeri dan daerah berkuat kuasa hari ini (13 Januari) bagi seluruh negara yang sedang melaksanakan PKP, PKPB dan PKPP di negeri masing-masing. Individu yang terpaksa merentas negeri atau daerah diminta mengisi borang permohonan untuk mendapatkan kebenaran daripada polis.

Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik di laman Facebook rasmi mereka dokumen berkaitan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Individu di bawah PKP boleh melayari pautan ini untuk memuat turun Borang Permit Pergerakan PKP.

IKLAN

Manakala Individu di bawah PKPB boleh melayari pautan ini untuk memuat turun Borang Permit Pergerakan PKPB.

Untuk membuat permohonan, ikuti langkah berikut:

  • Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
  • Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;
  • Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.