Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Aku Rasa Allah Tak Sayang Aku Dah”- Sajat Akui Semakin Hanyut

by Khai Azfar
January 14, 2021
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman terus menjadi tumpuan warganet selepas beberapa hantarannya sebelum ini di media sosial berkaitan penahanan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mencetuskan pelbagai spekulasi.

Akui Dilahirkan Sebagai Lelaki

Menerusi hantaran terbaru, Sajat mengaku telah dilahirkan sebagai seorang lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Malah menurut Sajat, dia akui mengalami tekanan perasaan selepas memuatnaik video pendedahan kononnya dia telah dikasari oleh pihak JAIS baru-baru ini. Dedah Sajat lagi, dia kini alami kekeliruan identiti dan beranggapan dirinya seperti manusia yang tidak sempurna.

“Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman… walaupun kau tu ID (MyKad) lelaki tetapi anggota badan wanita. Kau tetap lelaki, lelaki berdasarkan ID tetapi cara hidup kau semua adalah wanita!

“Aku dah perempuan… kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna, aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri!

“Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal. Rupa-rupanya cacat dalaman lagi kuat tamparannya, ” luah Sajat

Dakwa Semakin Hanyut

Dalam hantaran yang sama, Sajat berkata dia semakin hanyut  dan mempersoalkan takdir yang menimpa dirinya selama ini.

“Kerana naluri wanita aku fikiran wanita aku wujud dari aku dilahirkan.Iman wanita aku kuat!!Aku bukan iman lelaki!!!Walaupun Id Aku lelaki!!”

“Bila jadi macam ini..Aku rasa Allah tak sayang Aku dah?.Kenapa lahirkan Aku buat agama benci Aku ..Aku celik mata,Aku dah Di Islam kan, Aku baik dalam agama..orang agama memperkotak katikkan perwartakan Aku & Kini Aku makin Hanyut?” tulisnya lagi

JAIS Tampil Membuat Kenyataan

Dalam perkembangan lain, memetik laporan Sinar Harian JAIS tampil dengan satu kenyataan rasmi berhubung insiden yang tular sebelum ini. Menerusi kenyataan tersebut, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Sajat dan pihaknya juga mengambil maklum berhubung video ditularkan oleh Nur Sajat yang dirakam ketika proses siasatan dilakukan.

[VIDEO] Sajat Titip Pesanan Buat Selebriti & Influencer Yang Berdiam Diri Isu GSF, Netizen Setuju!

Menurut kenyataan itu, video terbabit memaparkan insiden melibatkan Sajat dengan beberapa anggota penguat kuasa JAIS pada 6 Januari lalu.

“Sajat telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut. Pegawai penguat kuasa JAIS berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu JAIS memaklumkan, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.

“Ia berikutan tindakannya di Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan beliau (Sajat) pada tahun 2018 dan 2020,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Sajat mendakwa dia telah dikasari oleh JAIS sehingga cedera di beberapa anggota badan resan daripada pergelutan untuk mempertahankan dirinya meskipun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

nur sajatNur Sajat lelaki
https://lomp.at/7vc16
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Razzi Bersuara Isu ‘Lelaki Jangan Miskin’, Norreen Iman Beri Respon!-“Terlajak Perahu Boleh Undur, Terlajak Post..”

by Naddy Joe
May 5, 2026

Suami kepada personaliti media sosial dan pelakon, Noreen Iman iaitu Razzi Razak tampil memberi penjelasan selepas video yang dimuatnaik sebelum...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  4. 4

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara