• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Netflix Time! 6 Filem Netflix Bakal Ditayangkan Sepanjang Januari 2021

by Naddy Joe
January 15, 2021
Share on Facebook

Bagi kaki Netflix, sudah tentu anda ternanti-nantikan apakah filem Netflix yang terbaru. Di sini kami kongsikan kepada anda 6 filem Netflix yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Januari ini. Stay tune guys!

Pieces Of A Woman

Filem di bawah arahan Kornél Mundruczó ini mengisahkan Martha (Vanessa Kirby) dan Sean (Shia LaBeouf) adalah pasangan dari Boston yang berada dalam fasa keibubapaan dalam hidup mereka berubah apabila sebuah kelahiran yang berlaku di rumah berkahir dengan sebua tragedi yang tidak dapat dibayangkan.

Oleh itu, bermulalah perjalanan yang panjang untuk Martha, yang harus mengatasi kesedihannya bersama Sean dan ibunya yang dominan (Ellen Burstyn), bersama dengan seorang bidan yang difitnah secara terbuka (Molly Parker), yang harus dihadapinya di mahkamah.

Mengapa bidan ini diftnah secara terbuka? Apa perkaitan antara Martha dengan bidan tersebut?

Tarikh Tayangan Di Netflix: 7 Januari 2021

YouTube video

Outside The Wire

Filem yang diarahkan oleh Mikael Håfström ini mengisahkan Lt. Harp (Damson Idris) dihantar ke zon tentera setelah tidak mematuhi arahan. Beliau mendapati dirinya bekerja untuk Capt. Leo (Anthony Mackie), iaitu seorang pegawai Android yang ditugaskan untuk mencari doomsday device sebelum pemberontak melakukannya. Apakah peranti tersebut? Adakah mereka akan terselamat?

Tarikh Tayangan Di Netflix: 15 Januari 2021

YouTube video

The White Tiger

Diadaptasi berdasarkan best-selling novel, filem ini mengisahkan Balram Halwai (Adarsh Gourav) yang menceritakan kejayaannya yang bermula dari masa kecil yang terpaksa mengabaikan pendidikannya untuk bekerja. Sebagai seorang pemuda yang penuh dengan harapan, Balram menjadi pemandu kepada anak lelaki sebuah keluarga kaya dari US iaitu Ashok (Rajkumar Rao) dan isterinya yang lahir dari US iaitu Pinky (Priyanka Chopra Jonas).

Namun, sebuah kemalangan telah berlaku yang memaksa mereka menghadapi peranan mereka dalam kasta. Oleh kerana majikannya memilih hak istimewa mereka atas rasa empati. Balram menyedari keazaman sahaja tidak cukup untuk beliau melepaskan diri pembunuhan. Untuk mencapai kebebasan, beliau harus menjadi makhluk yang dilahirkan hanya sekali dalam generasi di hutan iaitu harimau putih. Apakah akan terjadi kepada Balram? Adakah beliau dapat menyelamatkan dirinya?

Tarikh Tayangan Di Netflix: 22 Januari 2021

YouTube video

Penguin Bloom

Berdasarkan kisah benar yang luar biasa, Penguin Bloom mengisahkan Sam Bloom (Naomi Wats) seorang ibu muda yang dunianya menjadi terbalik setelah mengalami kemalangan yang hampir mengakibatkan kematian membuatkan beliau tidak dapat berjalan. Ketika beliau belajar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya, beliau menemui harapan pada hero yang tidak disangka, iaitu seekor burung kecil yang dipanggil Penguin. Dapatkah beliau menjalani kehidupannya dengan baik setelah mengalami kemalangan yang hampir mengakibatkan kematian terhadap beliau?

Tarikh Tayangan Di Netflix: 27 Januari 2021

YouTube video

Finding ‘Ohana

Filem yang diarahkan oleh Jude Weng ini mengisahkan Pili dan Loane, dua beradik dari Brooklyn yang menemui sebuah jurnal yang menunjukkan harta karun yang telah lama hilang, menjadikan mereka berada dalam sebuah pengembaraan epik bersama rakan baru untuk membawa dan berhubung kembali dengan warisan Hawaii mereka.

Tarikh Tayangan Di Netflix: 29 Januari 2021

YouTube video

The Dig 

Filem arahan Simon Stone yang dibintangi oleh Carey Mulligan, Ralph Fiennes, Lily James, Johny Flynn, Ben Chaplin, dan Ken Scott ini mengisahkan ketika Perang Dunia II meletus, seorang janda kaya (Carey Mulligan) mengupah seorang ahli arkeologi amatur (Ralph Fiennes) untuk menggali tanah perkuburan di ladangnya dan menghasilkan penemuan bersejarah. Apakah yang ditemui oleh mereka?

Tarikh Tayangan Di Netflix: 29 Januari 2021

YouTube video

Anda sudah bersedia untuk Netflix marathon?

https://lomp.at/x8z2b
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore