Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Tuanku Cakap Terima Kasih”- Ebit Lew Sebak Terima Layanan Baik Dari Agong

by Khai Azfar
January 14, 2021
Share on Facebook

Pendakwah bebas yang disegani, Ustaz Ebit Lew menerusi hantaran di laman Instagram nya meluahkan rasa terharu dan sebak apabila menerima layanan baik daripda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa selepas menyantuni baginda ketika menjalankan misi bantuan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

Sultan Abdullah Hargai Bantuan Ebit Lew 

Berkongsi pengalamannya, menurut Ebit, Sultan Abdullah telah berulang kali merakamkan ucapan terima kasih baginda buat beliau dan pasukan kerana berkesudian untuk membantu rakyat Pahang yang ditimpa bencana Banjir. Malah raja kesayangan rakyat itu juga berkesudian untuk membelanja mereka makan selain berkenan meminta Ebit Lew membacakan doa.

“Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih Tuanku. @istana_negara @this.7”

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banjir. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa penat.. Tak terkejar dengan bantuan Tuanku” dedah Ebit

Dedah Sikap Romantis Tunku Azizah 

Dalam pada itu, Ebit turut mendedahkan sikap romantis dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan diraja ini apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyuapkan makanan kepada Sultan Abdullah. Ebit juga berkata doa beliau bersama pasukan untuk bergambar bersama keluarga diraja ini telah dimakbulkan apabila Sultan Abdullah mengajak mereka untuk mengambil gambar bersama.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga”

Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Kata Tuanku ini semua takdir Allah atas pertemuan ini.

Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku. -ebitlew” kongsi nya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata beranggapan bahawa Ebit layak menerima penghormatan sedemikian apatah lagi selama ini banyak membantu rakyat yang dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan bangsa.

[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-"Boleh Je Salam.."
Ebit LewEbit Lew Sultan AbdullahSultan Abdullah
https://lomp.at/q9mb0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara