Sebelum ini, orang ramai hanya mengetahui kisah pendakwah bebas yang dihormati, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikap dermawan nya menerusi meda sosial.

Jejak Ebit Lew Papar Kisah Realiti

Kini, sebuah program realiti berkonsepkan majalah, Jejak Ebit Lew yang memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanannya yang turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama bakal ditayangkan. Program ini juga bakal memberi satu perspeksif baharu kepada para penonton untuk menilai musibah yang berlaku dari sudut pandang yang berbeza tanpa sebarang prejudis.

IKLAN

Sebagai info, penerbitan program Jejak Ebit Lew ini juga merupakan kesinambungan daripada program ‘Door To Door Ebit Lew’ di saluran Astro Oasis. Namun pada kali ini, fokus program diperluaskan lagi kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar ke arah misi dakwah sahaja. Pendekatan tersebut adalah bersesuaian dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Tanpa Sebarang Skrip

Uniknya lagi, program ini juga bersifat ‘jujur’ kerana tidak terikat dengan sebarang skrip mahukan babak-babak komersial yang perlu disempurnakan. Ini adalah kerana kebanyakan misi bantuan yang perlu disampaikan selalunya bersifat spontan atau ad hoc. Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.

Bemula 7 Disember 2020

Rangkaian program Jejak Ebit Lew akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go. Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul ‘Jejak Xtra Ebit Lew’ pada setiap hari Isnin, jam 6.55pm bermula 7 Disember 2020. Manakala program Jejak Ebit Lew pula akan bersiaran sepanjang 61 buah episod pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam juga bermula pada tarikh yang sama.