• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Alunan Azan Dari Syahmi Irfan Curi Perhatian!

by Khai Azfar
January 19, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini, beberapa video yang dikongsi oleh penyanyi baharu Syahmi Irfan menerusi laman Insta story nya telah mencuri perhatian warganet apabila dia dilihat telah mengalunkan beberapa surah Al-Quran dan Azan selepas mendapat permintaaan daripada peminat-peminatnya.

Dilatih Azan Sejak Kecil 

Menurut Syahmi atau nama sebenarnya Muhammad Syahmi Irfan bin Mohd Nadzri,20 dia terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan malam itu merupakan malam Jumaat. Ketika dihubungi Murai.my, Syahmi berkata dia tidak kekok untuk mengalunkan azan kerana telah dilatih sejak kecil lagi dan sering kali mendapat permintaan keluarganya.

“Masa itu sebenarnya malam Jumaat. Saya saja nak azan manalah tahu kalau orang yang mendengar akan melembut hati dan dapat pahala juga”

“Saya sudah dilatih sejak kecil oleh datuk dan bapa. Selalunya dalam keluarga, saya yang akan azan bergilir dengan bapa” kata Syahmi kepada Murai.my

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Video-2021-01-19-at-11.50.03.mp4
https://murai.my/wp-content/uploads/2021/01/WhatsApp-Video-2021-01-19-at-11.50.02.mp4

Kongsi Kenangan Bersama Arwah Alif Johan

Malah tidak ramai yang mengetahui, bahawa dia pernah menyertai pertandingan nasyid ketika di bangku sekolah bersama-sama anak penyanyi Nora Ariffin,Allahyarham Muhammad Syakir Alif suatu ketika dahulu.

“Kami sangat professional dan saling menyokong antara satu sama lain. Masa itu saya memang tahu dia anak Nora dan saya teruja bergandingan dengannya.Arwah pun banyak bagi nasihat dekat saya dan masa kami menang pertandingan nasyid peringkat daerah, kami begitu gembira kerana usaha keras selama ini terbalas”

“Habis saja sekolah, kami masih saling berhubung dan masa itu dia dapat masuk Mentor tetapi tidak terpilih sebagai finalis dan dia itu saya ada DM dia bagi kata-kata semangat. Masa dapat tahu arwah sudah tiada, saya memang sedih sebab kami memang rapat sejak kecil” dedahnya

Single Pertama Dapat Sambutan

Mengenai perkembangan karier seni nya, Syahmi meluahkan syukur kerana single pertamanya berjudul Mungkir kini mendapat sambutan hangat oleh peminat apatah lagi dipilih sebagai lagu runut kepada drama Perempuan Tanpa Dosa serta drama Angkara yang kini sedang ditayangkan di Astro Prima.

“Alhamdulillah kerana lagu ini diterima oleh pengarah drama tersebut, Michael Ang. Saya harap kepada para pendengar dan peminat dapat mendengar dan suka dengan lagu ini. Tidak suka saya pun tidak mengapa, suka lagu ini pun sudah bermakna buat saya. Terima kasih buat yang memberi sokongan selama ini” katanya lagi

Untuk rekod,Syahmi pernah aktif dalam sukan badminton dan merupakan atlet negara sebelum menceburi bidang nyanyian. Bagaimanapun, difahamkan dia sudah berundur dari skuad badminton negara berikutan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

YouTube video

Syahmi Irfan
https://lomp.at/o9r3e
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore