Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Farisha Iris Lancar Single Keempat, Hello

by Khai Azfar
January 22, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Mula menyertai pertandingan nyanyian pada usia 12 tahun menerusi program ‘Idola Kecil 2011’, penyanyi muda ini tidak pernah berhenti dan mengenal erti putus asa.Hasilnya kemunculan semula Farisha Iris menerusi Big Stage 2020 kembali mencuri perhatian untuk terus memperjuangkan muzik dan kerjaya seninya.

Big Stage Platform Terbaik Farisha 

Bagi empunya nama penuh Farisha Asmadi, pembabitannya menerusi program ‘Big Stage’ musim ketiga tahun lalu dianggap platform terbaik buat dirinya memperkenalkan lagi nama dan bakat yang dimiliki kepada peminat dan pencinta muzik tempatan.

“Program Big Stage 2020 adalah platform yang bagus untuk saya. Pada awalnya orang tak tahu saya boleh menyanyi. Ramai ingat saya hanya boleh mengacara sebab selama ini memang banyak terbabit dalam bidang pengacaraan.

“Jadi, sejak dalam program itu secara perlahan-lahan penonton dan peminat mulai mengenali diri dan bakat saya. Malah, program itu juga menjadi medan untuk saya membuktikan bakat sebenar dengan mencabar diri menyanyikan lagu dari pelbagai genre.

“Walaupun saya tersingkir pada minggu separuh akhir, tapi ia bukan penamat kepada kerjaya saya. Sebaliknya, selepas keluar dari progam itu saya sudah tahu ke mana hala tuju untuk pergi dan memberi fokus. Malah, saya mahu lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

“Saya tidak mahu usaha selama beberapa minggu dalam program itu berakhir di situ sahaja. Apa yang penting orang tahu bakat saya dan saya mahu cuba buat yang lebih baik,” katanya.

Tampil Dengan Hello

Berbekalkan keyakinan sekali gus memenuhi permintaan peminat yang inginkan buah tangan terbaharu daripadanya, Farisha bakal muncul dengan single “Hello” yang diterbitkan secara usahasama oleh syarikat rakaman Nova Music dan Seventeen Eleven Music.

Difahamkan, lagu “Hello” yang berentak pop itu adalah ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan Shazee Ishak manakala lirik ditulis oleh Arisz Ab Rahman.

“Alhamdulillah, ini adalah single keempat saya. Sekali lagi saya merakamkan lagu berentak pop sama seperti single sebelum ini. Apa saya perasan, peminat sekarang pun sukakan genre pop.

“Jadi, apabila saya merakamkan lagu ini, saya berasakan orang boleh terima. Apatah lagi lagu ini sangat mesra telinga dan pasti mudah diterima. Pendek kata ia bukan lagu berat dan sesuai untuk semua.

“Kalau nak cakap genre yang diminati, diakui saya sukakan lagu balada kerana membesar dengan lagu-lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Secara tak langsung ia mempengaruhi minat saya. Tapi, apabila saya merakamkan lagu, ternyata rakaman lagu pop menjadi genre yang dikaitkan dengan diri saya.

“Kebetulan pula dari dulu sehingga sekarang, memang selalu dapat lagu bergenre pop. Jadi, saya anggap mungkin komposer dan penerbit berasakan vokal saya lebih sesuai dan kena dengan lagu pop. In Sya Allah, kalau ada peluang dan rezeki lain, saya mahu mencuba merakamkan lagu balada pula selepas ini,” katanya dalam kenyataan media

Jadi OST ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku’ 

Istimewanya, lagu “Hello” itu juga bakal menjadi lagu tema bagi drama rantaian ‘Hello, Jangan Tapau Cintaku’ yang bakal ditayangkan di slot Lestary, TV3 yang dibarisi pelakon terkenal seperti Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana.

“Saya anggap ini adalah permulaan yang bagus untuk lagu Hello untuk dikenali ramai. Malah, ia juga satu bentuk promosi buat lagu saya kepada penonton drama tempatan. Jika ada rezeki, mungkin lagu ini juga boleh pergi jauh dan stesen radio boleh berterusan memainkan lagu ini.

“Lagi pula, jalan cerita lagu ini sama seperti jalan cerita drama. Ia sedikit sebanyak boleh menarik perhatian penonton dan pendengar,” katanya lagi

Farisha yang pernah mengacarakan beberapa program TV berkata, dia tidak terdesak dalam soal populariti.

“Saya tak terlalu mengejar ke arah itu atau terdesak nak popular. Kalau popular itu datang, saya anggap ia rezeki. Saya akan terus berusaha dan percaya dengan usaha gigih, kejayaan akan dapat dicapai.

“Lagi pula macam sekarang saya ada komitmen lain dibuat iaitu menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam di UiTM, Shah Alam. Jadi, dalam masa sama memang kena fokus belajar juga,” tambahnya

Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk merakamkan lagu duet, Farisha berkata dia teringin untuk bekerjasama dengan rakan peserta ‘Big Stage’ musim ketiga.

“Saya ada terfikir nak buat lagu duet juga. In Sya Allah, kalau diberi peluang saya nak berduet dengan rakan dalam Big Stage musim ketiga,” kONGSI NYA LAGI

Single terbaru “Hello” Farish Iris bakal dilancarkan di semua pelantar muzik digital pada hari Jumaat, 22hb. Januari ’21. Video lirik lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada hari yang sama.

YouTube video

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Farisha Iris
https://lomp.at/4oo4b
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem