Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Bahiyya Haneesa Kembali Tular Kerana Peluang Kedua Versi 2021

by Khai Azfar
January 29, 2021
Share on Facebook

Lagu Peluang Kedua nyanyian asal Nabila Razali terus mencetuskan fenomena luar biasa. Boleh dikatakan, karya ciptaan Hael Husaini itu begitu berhantu dan diminati pelbagai lapisan masyarakat. Tidak hairanlah lagu ini turut dipilih sebagai antara 12 finalis yang akan berentap dalam Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) kelak.

Peluang Kedua Diberi Nafas Baharu

Tidak ketinggalan untuk mencuba menyanyikan lagu ini, kumpulan Bahiyya Haneesa atau juga dikenali sebagai Haneesa membuat percaturan memberi nafas baharu untuk Peluang Kedua. Tampil berbeza, Haneesa yang dianggotai ole Wafa,Bon,Nina,Suha,Afi,Fatin,Syasya dan Bella ini menjadikan kekuatan elemen harmoni dalam nyanyian mereka sebagai nyawa untuk lagu ini.

Bagaimanapun, Haneesa masih mengekalkan melodi asal lagu ini tanpa melakukan gubahan berlebihan termasuklah mengekalkan elemen rap asal.

“Kami pilih lagu ini sebab sekarang memang tengah popular dan boleh dikatakan budak kecil pun hafal. Jadi kami gunakan kelebihan ini untuk berikan semua pendengar sedikit kelainan. Pendengar boleh nyanyi dengan melakukan harmoni sekali dan bukan semata-mata menyanyikan liriknya sahaja”

“Apa yang menariknya daripada segi pembikinan Peluang Kedua versi acapella ini adalah kami bertungkus-lumus bersama penerbit iaitu Kelana untuk menghasilkan susunan semula muziknya. Tidak ketinggalan, kami berkerja-keras untuk menetapkan bahagian harmoni, ‘beatbox’, serta rap,” kata mereka.

Harap Peminat Terima 

Bagi mereka, kepuasan adalah faktor yang ingin dicari apalagi mereka sentiasa berbesar- hati bereksperimen terhadap karya penyanyi-penyanyi lain. Malah, mereka turut mengharapkan versi itu berjaya memikat halwa telinga pendengar

“Kami sangat gembira apabila semua ahli Haneesa dapat menyanyikan lagu ini dengan gaya dan Justeru, setiap bahagian adalah kegemaran kami. Ia kerana semua bahagian diberikan suntikan terperinci dan sangat istimewa dalam cara yang tersendiri. Yang pasti, kami berikan sepenuh hati dalam bahagian masing-masing”

“Kami akur dan tahu genre acapella masih terlalu kurang mesra atau boleh dikatakan asing di telinga pendengar Malaysia. Namun, pastinya ada pengikut serta penggemar untuk genre sebegini. Jadi, kami harap korang semua suka dengan lagu yang diberikan nafas baru ini dan seronok dengan kelainan kami tampilkan,” kata Haneesa.

Sebagai info, Haneesa mula dikenali sebagai kumpulan nasyid namun kini semakin terbuka mencuba muzik yang lebih versatil dan pelbagai termasuk pop serta rap. Mereka juga aktif membuat cover beberapa lagu popular seperti Jennie- Solo, Alan Walker’s- Lily dan On My Way serta Blackpink- Kill This Love dan hampir setiap video cover meraih jutaan tontonan di Youtube.

Bahiyya Haneesa juga telah melancarkan single terbaru mereka “Percaya” pada tahun lalu dan telah menjadi lagu tema SAFI Shayla’s untuk kempen jenama tersebut.
‘Peluang Kedua’(2021) boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

YouTube video

Bahiyya Haneesa
https://lomp.at/mviml
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara