• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Berdiri Teguh! 5 Kisah K-Pop Idol Pertahankan Diri Sesama Sendiri Dari Dibuli

by Naddy Joe
February 6, 2021
Share on Facebook

K-Pop idol akan sentiasa mempertahankan sesama mereka, bahkan turut terdapat kisah di mana mereka saling mempertahankan diri dari dibuli. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Taeyang BIGBANG Mempertahankan G-Dragon Dari Dibuli

G-Dragon BIGBANG bersekolah di sekolah swasta sepanjang hidupnya sehingga akhirnya beliau memasuki sekolah menengah awam. Pada hari pertama sekolah, G-Dragon diganggu oleh pembuli dan ramai yang memerhatikan G-Dragon kerana beliau adalah selebriti pada usia yang sangat muda.

Sebaik sahaja kelas selesai, beberapa orang pembuli mulai datang dan berusaha menarik perhatian G-Dragon dengan bertanyakan pelbagai soalan yang membuatkannya tidak selesa. Beliau cuba melarikan diri dan mengabaikan mereka, yang membuatkan pembuli berasa marah.

G-Dragon bernasib baik kerana beliau berada satu sekolah yang sama dengan Taeyang, yang merupakan pelatih bersama beliau di YG Entertainment. Sewaktu Taeyang melihat G-Dragon diganggu, Taeyang datang dan menolak pembuli yang cuba mengganggu G-Dragon.

Ahli Kumpulan MAMOO Merenung Pembuli Moonbyul

Moonbyul MAMAMOO pernah berkongsi kisah mengenai dibuli sewaktu di sekolah menengah. Moonbyul dibuli oleh rakan karibnya sendiri kerana impiannya untuk menjadi penyanyi sejak sekolah menengah.

“Ketika saya berada di tahun ketiga sekolah menengah, saya menyertai audition kerana ingin menjadi penyanyi. Tetapi saya dibuli kerana itu. Ianya sangat sukar kerana saya dahulunya rapat dengan mereka. Tetapi mereka mula memarahi saya.”- Moonbyul

Selepas beberapa tahun, Moonbyul secara tidak sengaja terserempak dengan salah seorang pembuli sewaktu beliau bersama ahli kumpulan MAMAMOO yang lain. Pada mulanya pembuli itu berpura-pura tidak mengenalinya. Tetapi ahli kumpulan MAMAMOO yang lain mengetahui tentang kisah Moonbyul dibuli. Mereka merenung dan memandang pembuli tersebut.

“Ahli kumpulan yang lain mengetahui mengenai kisahnya, jadi mereka semua memandangnya. Saya rasa sayang boleh bergantung pada mereka. Saya rasa, ini (MAMAMOO) adalah kawan saya.”- Kata Moonbyul

Hongbin VIXX Pertahankan N

Pada tahun 2018, N dari kumpulan VIXX menerima komen yang tidak menyenangkan setelah beberapa peminat mula membuat spekulasi bahawa N mengadakan solo fan meeting di Jepun pada ulang tahunnya. ‘Peminat’ kemudian meninggalkan komen,

“Jika anda menyukai semua peminat anda, jadi adakan parti ulang tahun dengan semua peminat anda.” – Peminat

Tidak lama kemudian, Hongbin yang masih menjadi ahli kumpulan VIXX ketika itu, menulis tweet yang yang mempertahankan N dari tuduhan ‘peminat’ ini.

“Jangan jadikan seseorang sebagai sasaran kebencian. Adakah anda mempertimbangkan apa ertinya sewaktu anda menghunuskan pedang anda?.”- Kata Hongbin

Jennie Tampil Membela Lisa Disebabkan Komen Netizen Jahat

Pada Golden Disc Awards ke-33, Lisa BLACKPINK menerima banyak komen netizen yang jahat. Sebilangan besar komen netizen menyentuh latar belakang Lisa yang berasal dari Thailand. Malah ada di antara mereka yang mengatakan bahawa Lisa “cantik disebabkan alat solek Korea”.

Disebabkan sindiran yang ditujukan terhadap Lisa, ramai yang tampil untuk mempertahankan beliau termasuklah rakan kumpulannya iaitu Jennie. Tidak lama selepas Golden Disc Awards ke-33, Blackpink mengadakan konsert di kampung halaman Lisa di Bangkok, Thailand.

Di hadapan semua Blinks, Jennie memberitahu bahawa mereka harus berbangga dengan Lisa yang sangat kuat. Ahli yang lain turut berjanji bahawa mereka akan turut menjaga Lisa. Ramai yang percaya bahawa komen Jennie merujuk kepada komen negatif yang diterima Lisa sewaktu beliau hadir di Golden Disc Awards ke-33.

Baris Rap BTS Mempertahankan Sesama Sendiri Dari Komen Rapper B-Free

Suga dan RM BTS aktif sebagai underground rapper sebelum mereka memulakan debut di BTS. Keputusan mereka untuk menjadi K-Pop idol itu mendapat kritikan dari seorang rapper B-Free pada tahun 2013 kerana beliau tidak melihat idols sebagai rapper.

Hal ini mengakibatkan ARMY sangat marah dan menuntut permohonan maaf darinya kerana menganggap tidak menghormati Suga dan RM. Namun B-Free sama sekali tidak meminta maaf, malah turut membenci ARMY yang mengkritiknya.

Rapper B-Free

Disebabkan hal ini, Suga bersama RM dan J-Hope membuat keputusan untuk melancarkan lagu berjudul Cyper PT.2 Triptych, yang mana liriknya mengandungi kata-kata sindiran.

“Berbanding dengan anda yang tidur sepanjang malam, saya seorang workaholic, shopaholic. Sebarkan lebih banyak wang di pen saya. Lebib daripada peminat anda. Apabila saya mendengar rap anda, saya ingin muntah.”- Lirik yang dinyanyikan oleh Suga BTS

Apa komen anda?

https://lomp.at/ge67z
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Foto - @junmu_ (IG) / @jin (IG)
Korea

“Kembar Terpisah?”- Bintang ‘Dynamite Kiss’ Pasang Impian Bertemu BTS Jin

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktor Korea Selatan, Kim Mu Jun vbaru-baru ini menjadi tular selepas penonton drama Korea 'Dynamite Kiss' mendakwa wajahnya mirip ahli...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

  5. 5

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore