• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Usop Akui Tidak Tidur Malam Kerana ‘Lenyap’

by Khai Azfar
February 3, 2021
Share on Facebook

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor enggan mensia-siakan platform Big Stage 2020 yang disertainya beberapa bulan yang lalu.

Sentuhan Komposer Terkenal 

Naib Juara program realiti itu kini mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Lenyap. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing.

Bercerita mengenai single terbaharunya, Usop berkata lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.

“Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupakan sekuel kepada 2 lagu saya yang terdahulu iaitu Aku Yang Bersalah dan Selamanya”

“Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020 dan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan.”

“Lenyap di rakamkan di studio Faizal Tahir ketika PKPB dan pihak pengurusan Rocketfuel Entertainment yang bertanggungjawab menyusun segala jadual saya dan menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan, walaupun penat dengan sesi latihan Big Stage 2020 kami berjaya melakukannya akhirnya”

“Saya rasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air kerana senang bekerja dengan mereka, dan banyak ilmu yang saya timba ketika sesi rakaman dijalankan” kata Usop

Terlalu Risau, Tak Dapat Tidur Malam 

Menjelang pelancaran single baharunya beberapa hari yang lalu, Usop ketika ditemubual Murai.my berkata dia akui tidak dapat tidur yang mencukupi kerana terlalu risau memikirkan penerimaan single terbaharunya ini.

“Nervous dia lain macam. Saya memang tak boleh tidur. Nervous. Lenyap ni merupakan buah tangan terbaru saya jadi sudah pasti saya risau dengan reaksi para peminat,” katanya

Dalam pada itu, sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 oleh kerajaan, kebanyakan aktiviti seni tidak dapat dijalankan, Usop menggunakan kesempatan tersebut untuk membantuk keluarganya.

“Saya lebih banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar kami.”

“Selain itu, saya juga turut menggunakan masa yang ada ketika PKP dengan membuat cover video atas permintaan peminat-peminat saya” kongsinya

Bagi single kali ini, Usop tampak sedikit dewasa dengan imej suave yang ditampilkannya, dan peminat berpeluang menyaksikannya menerusi video muzik ‘Lenyap’.

“Jalan cerita video muzik ‘Lenyap’ mengisahkan tentang seorang jejaka yang masih belum dapat move on walaupun sudah 5 tahun kehilangan kekasihnya, dan proses penggambaran agak mencabar kerana ia dilakukan sewaktu musim hujan baru-baru ini” katanya lagi

Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

YouTube video

UsopUsop Lenyap
https://lomp.at/yg4lp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Lokarya Perkenal Semula ‘Deruan’

by Naddy Joe
November 25, 2025

Selepas dua tahun menyepi demi membina asas artistik yang lebih kukuh, band indie Malaysia Lokarya kembali ke pentas arus perdana...

Read more
Lokal

Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV ‘Question-“Makin Memalukan..”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap penampilan kumpulan DOLLA dalam muzik video terbaharu mereka berjudul Question yang...

Read more
by Naddy Joe
November 14, 2025
Musik

Konsert Artis Seberang Makin Sendu? Kini Nasyid Pula Naik Takhta!

MURAI perasan satu fenomena pelik tapi menarik akhir-akhir ini. Konsert nasyid makin laku keras, siap hampir sold out! Baru-baru ini...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
Indonesia

Konsert BCL: Eternal Love, Timeless Romance Berjaya Sentuh Emosi Ribuan Peminat

Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada malam Ahad baru-baru ini dipenuhi dengan pelbagai emosi dan magis menerusi konsert istimewa...

Read more
by Naddy Joe
September 30, 2025
#ApaPlan

Tiket Konsert Deep Purple Laku Keras, Penganjur Tambah Seat!

Nampaknya aura legenda Deep Purple masih belum pudar! Tiket konsert Deep Purple Live in Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama...

Read more
by Phic ARMAN
October 31, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  5. 5

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore