Simu Liu Janji ‘Trailer’ Filem Shang-Chi Tidak Akan Mengecewakan

Mengikut perancangan, filem adiwira pertama Asia Marvel ini akan ditayangkan pada 9 Julai 2021.

Mesti Baca

‘Terima Kasih Banyaklah!’- Zarina Zainuddin Kesal Bekalan Air Di Rumah Kena Potong

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram...

Ikuti Jejak Kylie & Kim, Kris Jenner Bakal Mempunyai Jenama Kecantikan Sendiri

Kris Jenner bakal menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan. Beliau dikatakan mengikuti jejak langkah anak perempuannya yang turut mempunyai empayar...

Guna Dulu Sebelum Beli? Tilam Sonno Beri Anda Pengalaman Yang Luar Biasa

Anda sedang mencari tilam baru? Kami sangat memahami bahawa proses memilih tilam yang baik memerlukan kita untuk bersusah payah...
Khai Azfarhttps://murai.my
Writes to Express Not to Impress

Jangkaan untuk melihat trailer filem Marvel terbaru akan datang, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings ternyata meleset apabila sehingga kini tiada sebarang klip ditayangkan.

Berbaloi Untuk Tunggu

Malah pihak Marvel Studios dan Disney terlebih dahulu menayangkan trailer siri The Falcon and the Winter Soldier untuk tayangan di Disney+ dan Hulu. Meskipun peminat tidak dapat melihat gambaran pertama mengenai Shang-Chi, pelakon yang memegang watak adiwira itu, Simu Liu menjanjikan ia sesuatu yang berbaloi untuk dinanti-nantikan.

Menerusi ciapan di laman Twitter nya sebentar tadi,bintang Shang-Chi itu berkata trailer nya akan dipertontonkan tidak lama lagi dan turut menyifatkan ia pasti tidak akan mengecewakan.

“Ia akan menjadi sangat bagus bila keluar tidak lama lagi, saya janji. Cuma bukan hari ini, bukan hari ini” katanya

Mengikut perancangan, filem adiwira pertama Asia Marvel ini akan ditayangkan pada 9 Julai 2021. Namun berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia serta filem Black Widow yang ditunda tayangannya sebelum ini pada tahun lalu, peminat turut meramalkan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings akan turut mengalami nasib yang sama.

Terkini

3 ‘Influencer’ Sosial Media Diberi Vaksin Terlebih Dahulu? Ini Penjelasan Dr Noor Hisham

Nampaknya ramai netizen yang terkeliru dengan sebuah laporan berita tempatan yang mendakwa Hospital Serdang berhasrat beri vaksin Covid-19 kepada 'Influencer'...

More Articles Like This