Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

10 Gossip Selebriti Hollywood Yang Mengejutkan Sepanjang Tahun 2021

Daripada perpisahan, pertunangan, perkahwinan dan kehilangan . Ini 10 gossip artis Hollywood yang paling mengejutkan sepanjang tahun 2021.

by Jash Lee
January 1, 2022
Share on Facebook

Sama seperti di Malaysia, selebriti Hollywood juga tidak terkecuali dari terpalit dengan gosip yang amat mengejutkan sepanjang tahun 2021 yang lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka juga tidak banyak berbeza dengan kita. Dari kisah pertunangan, perkahwinan, kehilangan serta perpisahan dan perkara ini telah banyak mengubah nasib mereka.

Siapakah mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Pertunangan Kourtney Kardashian

via Ig

Setelah menjalinkan percintaan selama 10 bulan, akhirnya salah seorang anggota Blink-182, Travis Barker telah melamar dan mengikat tali pertunangan bersama Kourtney Kardashian pada 17 Oktober 2021. Acara bersejarah tersebut telah berlangsung secara sederhana di sebuah hotel berhampiran pantai Montecito, California.

Travis telah membawa Kourtney ke pantai dimana dia kemudiannya melutut dengan sejambak besar bunga mawar dan dihiasi dengan lilin yang begitu indah.

2. Anjing Peliharaan Lady Gaga Diculik

via ig

Gosip yang paling mengejutkan pada tahun 2021 adalah dimana dua daripada tiga ekor anjing baka French bulldog milik penyanyi Lady Gaga telah diculik semasa dibawa berjalan-jalan oleh penjaga anjing tersebut, Ryan Fischer. Dia yang dikatakan telah ditembak oleh dua orang lelaki dan kemudiannya mereka membawa lari kedua-dua anjing milik Lady Gaga.

Kini, kedua-dua anjing, Koji dan Gustav telah selamat dikembalikan oleh seorang wanita ke Balai Polis Olympic Community, Los Angeles dan telah disahkan bahawa ia adalah milik Lady Gaga.

Penjaga anjing milik Lady Gaga, Ryan masih dalam rawatan di hospital dan berada dalam kedaan yang stabil.

3. Penceraian Kim Kardashian Dan Kanye West

via Ig

Khabar mengejutkan dari pasangan selebriti Hollywood yang terkenal, Kim Kardashian Dan Kanye West. Pada awal tahun 2021, Kim Kardashian dikatakan telah memfailkan penceraian kepada Kanye West dan ingin mengakhiri perkahwinan mereka setelah 7 tahun bersama sebagai pasangan suami isteri.

Namun, perceraian tersebut telah berjalan secara baik dan kedua-duanya telah bersetuju untuk sama-sama berkongsi hak penjagaan anak-anak dan membahagikan aset mereka sama rata.

4. Britney Spears Melawan Konservatori

via Ig

Britney Spears yang telah berada dalam program konservatori sejak tahun 2008, berikutan masalah kesihatan mentalnya. Britney juga dikatakan telah membawa ayahnya, Jamie Spears ke muka pengadilan kerana kes penderaan konservatori terhadapnya. Kes ini yang telah melibatkan penderaan yang melampau dan pada September 2021, ayah Britney Spears telah didapati bersalah.

5. Kes Buli Siber Chrissy Teigen

via ig

Chrissy Teigen yang berhadapan dengan tuduhan buli siber melampau terhadap seorang model, Courtney Stodden. Courtney, 17 telah mendakwa bahawa dia telah dibuli oleh Chrissy yang telah memintanya untuk membunuh diri di Twitter. Selain Courtney, terdapat beberapa lagi selebriti seperti Lindsay Lohan, Farah Abraham dan Michael Costello juga menuduh Chrissy banyak melakukan buli siber.

Namun, Chrissy telah membuat permohonan maaf secara terbuka diatas semua kesalahan yang telah dilakukannya dan dikongsinya di media sosial.

6. Perkahwinan Paris Hilton 

via ig

Paris Hilton dan kekasihnya, Carter Reum telah selamat berkahwin pada November 2021 yang telah diadakan di Bel Air California, Amerika Syarikat. Paris Hilton yang sememangnya meminati kemewahan telah mengadakan majlis secara besar-besaran dan dia juga memilih untuk menggayakan gaun pengantin serba putih dengan hiasan renda klasik sentuhan terkenal Oscar De La Renta yang telah dicipta khas untuk majlis perkahwinannya.

7. Pernikahan Ariana Grande

Selain Paris Hilton, Ariana Grande juga memilih untuk mengakhiri zaman solonya pada Mei 2021 dan telah berkahwin dengan pasangannya, Dalton Gomez. Pasangan itu disatukan setelah setahun menjalinkan hubungan percintaan dan lima bulan melalui tempoh pertunangan. Perkahwinan mereka telah berlangsung di rumah Ariana di Montecito, California secara tertutup dan dihadiri oleh 20 orang tetamu sahaja.

8. Kylie Jenner Hamil Anak Kedua

via ig

Pada September 2021, selebriti cantik Kylie Jenner telah berkongsi berita gembira di akaun instagram miliknya bahawa dia dan kekasihnya pemuzik rap, Travis Scott bakal menimang cahaya mata kedua mereka. Mereka yang  sebelum ini sudah menjadi ibu dan bapa kepada seorang puteri yang comel, Stormi Webster yang kini telah berusia 3 tahun.

9. Insiden Tertembak Dengan Senjata Prop

via Ig

Tragedi yang telah menimpa di set filem yang berjudul Rust dimana salah seorang pelakon filem tersebut, Alec Baldwin telah tertembak dengan menggunakan pistol prob yang diisi dengan peluru sebenar. Kejadian ini telah menyebabkan kematian seorang sinematografer, Halyna Hutchins dan pengarah, Joel Souza yang cedera parah. Penggambaran filem berkenaan juga dikatakan harus dihentikan sementara bagi menjamin keselamatan kru dan pelakon yang lain.

10. Zayn Malik vs Yolanda Dan Gigi Hadid

Zayn Malik dan Gigi Hadid dikatakan telah berpisah akibat dari insiden kekerasan yang telah dilakukan oleh bekas anggota kumpulan One Direction itu terhadap ibu mertuanya, Yolanda Hadid.

Namun dakwaan yang timbul pada Oktober 2021 itu telah disangkal dan Zayn menafikan bahawa dia telah menyerang Yolanda.

Walau apapun alasan Zayn, dia akhirnya terpaksa menjalani hukuman iaitu membayar denda dan hukuman percubaan selama setahun bagi empat kes jenayah yang telah dilakukannya. Zayn juga diarahkan untuk mengikuti kelas pengurusan mengawal emosi dan program penyeliaan keganasan rumah tangga. Jika Zayn dapat melaksanakan semuanya dengan baik dalam tempoh 6 bulan, hakim akan mempertimbangkan untuk menarik balik hukuman tersebut.

Jadi, itulah antara 10 senarai gosip selebriti Hollywood yang mengejutkan peminat sepanjang tahun 2021 yang dapat kami rungkaikan buat pembaca setia kami. Adakah salah seorang dari mereka merupakan selebriti idola anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
britneyspearskimkardashiankourtneyladygagaparishilton
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Cardi B
Spotlight

[VIDEO] “I Don’t Cook, I Don’t Clean?”- Peminat Usik Cardi B Sibuk Cuci Rumah Nenek

by Nurul A.
October 15, 2026

Penyanyi rap, Cardi B mencuri perhatian ramai selepas sebuah video tular memaparkan dirinya sedang sibuk mencuci rumah neneknya di Republik...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Spotlight

Zizie Izette Kesal Arwah Suami Difitnah – “Nak Bergosip Tu Berpada-padalah”

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Kadang-kadang, cerita yang tersebar di media sosial boleh jadi lebih hebat daripada skrip drama. Namun, apabila nama individu yang sudah...

Read moreDetails
Raja Charles III
Spotlight

Masih ‘Perang Dingin’, Raja Charles III Campur Tangan Dalam Konflik 2 Anaknya

by Nurul A.
October 5, 2026

Putera William dan Putera Harry dilaporkan masih belum berbaik semula. Hubungan mereka pula dikatakan masih tegang selepas Putera Harry memutuskan...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Foto - @jofliam (IG)
Lokal

Wanita Dakwa Jadi Mangsa Penipuan Kelas Forex Jofliam- “Bayar RM1500 Lepas 3 Hari Group WS Tutup”

by Nurul A.
September 25, 2026

Nampaknya nama pempengaruh Jofliam, atau nama sebenarnya Muhammad Syuhaimi Jofli, tidak henti menjadi bualan ramai. Kali ini, namanya terpalit dalam...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara