Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Lepas Ni Dah Boleh Agak Siapa Terkeluar” – Ramli MS Ulas Persembahan Minggu Ketujuh GV8

Menurut Ramli, prestasi para peserta seperti sudah dapat diramal termasuk Amuk

by Khai Azfar
January 3, 2022
Share on Facebook

Ketua juri Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Ramli MS menyifatkan penyingkiran Bandi Amuk dalam konsert minggu ketujuh program realiti itu seperti sudah dijangka.

Ramli MS  Sudah Boleh Ramal Keputusan 

foto via Astro – Azrul Rafie

Mendapat markah terendah sebanyak 53.80%, Bandi yang menyanyikan lagu I Want To Break Free nyanyian asal Queen menjadi peserta yang keempat tersingkir dalam GV8. Menurut Ramli, prestasi para peserta seperti sudah dapat diramal termasuk Amuk.

foto via Astro – Azrul Rafie

“Persembahan minggu ini banyak faktor boleh dilihat. Ada yang ‘stage fright’, pemulihan, konsep lagu. Macam Hetty cakap, kalau lagu itu sudah kuat awak tak boleh buat apa-apa termasuk melangkau peraturan lagu itu saya rasa tiada siapa pun yang boleh buat.  Apa pun, ianya cubaan yang baik dan bagi saya its okay. 

“Untuk Amuk, very predictable. Dah nampak ‘siling’ dia dari dua minggu lepas, cuma dua minggu lepas dia diselamatkan sebab tiada penyingkiran.

“Kalau ikut ranking memang itulah. Prestasinya bukan menurun, tapi boleh nampak carta yang terkeluar dia yang ikut turn, even lepas ni pun dah boleh agak siapa yang akan terkeluar,” ujarnya ketika ditemui Murai.my usai tamatnya GV8 minggu ketujuh itu

Adibah Noor Mohon Maaf

Dalam perkembangan lain, Adibah Noor mengejutkan ramai peminat apabila pertama kali berada di kedudukan tiga terbawah selain dari Amuk dan Sa.Ya. Membawakan lagu hits Hetty Koes Endang yang juga salah seorang daripada juri GV8 berjudul Berdiri Bulu Romaku, percaturan yang dibawa Adibah untuk membawa kelainan pada lagu tersebut tidak berjaya.

Hanya mendapat 56.70% markah, Adibah bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut dan akui persembahannya itu kurang memberangsangkan. Tidak mudah berputus asa, Adibah berkata dia akan lebih berusaha pada minggu hadapan.

“Memang teruk gais. I deserved it. Kita cuba lagi minggu depan. sorry gais” kongsi Adibah menerusi laman Twitter nya

foto via Twitter Adibah Noor

Markah Penuh Minggu Ketujuh GV8

  1. Nikki Palikat – 72.3.0%
  2. Aliff Aziz -71.9.0%
  3. Suki Low – 69.7.0%
  4. Azan Scan – 64.9.0%
  5. Ani Mayuni – 63.3.0%
  6. Shidee – 59.4.0%
  7. Aweera -57.5.0%
  8. Adibah Noor – 56.7.0%
  9. SaYa – 54.00%
  10. Bandi Amuk -53.80%
Error happened.
[VIDEO] Aksi Tok Ram Menari Lagu Kpop Cuit Hati Netizen-“Wah BTS Versi Atuk”
Bandi AmukGegar Vaganza 2021GV2021GV8Ramli MS
https://lomp.at/mn8bi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara